Salaam 1Ummah. Selawat serta salaam kepada Penghulu kita, Nabi Muhammad SAW. Hari ini, penulis ingin berkongsi satu lagi ilmu. Bukan sepenuhnya dari penulis, tapi hasil pencarian untuk tajuk liqa' Asy-Syakirin. Berkenaan penyakit hati yakni hiqd. Penyakit hati yang lain akan ditulis oleh admin lain atau jika penulis ada masa akan ditambah. InshaAllah bermanfaat.
Al-Hiqd (Dendam)
Al-Hiqd adalah suatu sifat yng tidak baik, di mana seseorang mencemburui seseorang yang lain kerana kelebihan-kelebihan orang lain yang tidak ia miliki. Sifat dendam adalah sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tokoh bahkan menurut suatu hadtih yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a dalam Sahih Bukhari, Kitabul Adab, Buku 73, ayat 147: "...Rasulullah SAW tidak pernah membalas dendam untuk dirinya."
Dalam realiti sekarang, jelas kepada kita bagaimana jeleknya perbuatan hati berdendam ini. Kes berbunuhan sesama saudara demi harta, pangkat dan pasangan menjadikan si pelaku umpama haiwan:- berbunuhan tanpa sedikitpun berasa malu kepada Allah SWT. Membuta tuli.
Kisah Saidina 'Ali Karamallahu Wajhah r.a di medan perang
Sikap membenci hiqd juga dilihat dalam peribadi Saidina Ali Karamallahu Wajhah r.a. Sewaktu dalam suatu perang, beliau berhadapan dengan seorang kuffar. Setelah bertarung sebentar, si kuffar terbaring ke tanah dan Saidina Ali KWJ r.sudah bersedia untuk menamatkan riwayat di kuffar. Apa si kuffar buat?
Dia meludah Saidina Ali KWJ r.a kerana sudah buntu menyelamatkan diri. Saidina Ali KWJ r.a yang sudah mengangkat pedang lantas berkata dengan perkataan yang menyebabkan lelaki tadi mengucap dua kalimah syahadah. Lihatlah bagaimana akhlak mulia mentarbiyyah manusia:
"Pergilah! Kamu sudah bebas. Kini aku tidak boleh mambunuhmu. Sebelum ini, aku memerangimu kerana ad-din (Islam). Jika aku bunuh kau sekarang, akan ada unsur amarah dan dendam ... kamu telah memalukanku, dan aku tidak mahu untuk mendendamimu.Bukanlah keberanian tetapi sikap pengecut yang menyebabkan seseorang terbunuh demi kepentingan sendiri."
No comments:
Post a Comment