Thursday, April 28, 2011

Keperluan atau Kemahuan?



Assalamualaikum buat semua pembaca. diharapkan semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Di sini Firqah Syakirin ingin berkongsi mengenai satu lagi isu menarik yang berkait rapat dengan kita. Cuba kita renungkan satu situasi seperti ini:

Kita nak beli A4 untuk print 'assignment' kat Tesco Taman Midah, pastu nak beli biskut-biskut kering sikit. Tapi kebetulan kita terpandang satu baju yang memang menusuk kalbu. Design baju tue pulak memang kena ngan 'taste' kita yang duduk kat kota metropolitan nie. Dalam fikiran kita, "Apa salahnya kalau beli satu, boleh pakai selalu". Dalam konsep tue, memang x salah. Tapi cuba kita balik tgk dalam loker kita. Punyalah banyak baju yang x pakai lagi. Pakaila yang mane ade dulu. Kita kenalah pandai berjimat cermat, lainlah kalu semua baju dah lusuh atau koyak, pergilah borong sume baju kat Tesco tue. apa yang Firqah Syakirin ingin tekankan ialah mengenai pembaziran. Belilah apa yang menjadi keperluan dan jangan sesekali mengikut kehendak kita.

Firman-Nya bermaksud: "Hamba-hamba Allah ialah mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tidak boros dan tidak kedekut, sebaliknya perbelanjaan mereka adalah sederhana."

-Surah Al-Furqan: ayat 67


Selain daripada itu, kita buatlah satu buku kira-kira supaya kita x ter 'overspend'. Nanti kita jugak yang susah. Kalau dulu, waktu kecik-kecik, mak kita selalu pesan , "Adik, nanti besar jangan suka membazir tau, tue amalan syaitan". Mula-mula ingat lagila pesanan tue, lame2 bila dah duduk jauh ngan family, kita pun terikut sama dengan budaya boros tue. Sikap berjimat nie memperlihatkan unsur kebijaksanaan. Orang yang bijak akan berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Kebijaksanaan akal kita membawa kepada kebaikan dan kerakusan nafsu pula membawa keburukan.

Tetapi harus dingat, biarpun sikap berjimat bermat dituntut, janganlah pulak kita x belanjakan langsung rezeki yang kita dapat tue. Bila orang tanya, " Man, selipar ngko putus tue, x nak beli baru ke? Kita pon jawab, " Takpela, membazir je. selagi boleh menapak, okla". Orang yang macam nie pon bermasalah jugak. Kalau situasi dah nazak macam tue, keluarkanla sedikt belanja, buat beli selipar baru. Selipar jepun pon 3 ringgit je. Bukannya suruh beli kasut 'Crocodile'. akhir kata, rasa x sabar nak tunggu bulan Ramadhan, sebab kat situlah, kita akan tengok manusia berebut-rebut beli makanan. Tangan kiri kanan penuh, last-last, x abis pon.

Semoga pengongsian ilmu pada hari yang mulia ini,dapat membuka mata dan minda para pembaca untuk melakukan satu transformasi ke arah menjadi yang lebih baik. Sekian,wassalam.



Wednesday, April 27, 2011

jangan berkata "kalau"

Assalammualaikum w.b.t, dengan izin-Nya, blog Firqah Syakirin dapat di-update lagi pada hari ini. walaupun WLAN Student agak slow, mungkin kerana hujan lebat yang turun membasahi bumi Cheras petang tadi, blog ini akan terus di-update tepat pada masanya insyAllah.

okay, hari ini Firqah Syakirin akan berkongsi tentang sebuah hadis yang mungkin akan membantu kita untuk berfikiran lebih positif;

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
Riwayat Muslim


Huraian
1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.

2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.

3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.

selain itu, kita sebagai umat Islam juga harus ingat bahawa tidak ada sesuatu musibah/kejadian yang berlaku kepada kita melainkan dengan izin Allah. tabahlah dengan segala ujian yang dihadapi. apalah sangat ujian yang kita hadapi di dunia ini berbanding dengan ujian-ujian yang telah dihadapi oleh Rasul-rasul dan Nabi-nabi terdahulu. :)

akhir kata, semoga pembaca mendapat manfaat daripada update kali ini.

Sekian, Wassalam...

p/s: sudahkah berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW pada hari ini? :)


Monday, April 25, 2011

Kisah Sahabat

Pada zaman Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam hiduplah seorang pemuda bernama Zahid yang berumur 35 tahun namun belum juga menikah. Dia tinggal di Suffah masjid Madinah.

Ketika sedang memperkilat pedangnya tiba-tiba Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam datang dan mengucapkan salam. Zahid kaku dan menjawabnya agak gugup.

"Wahai saudaraku Zahid, selama ini engkau sendiri saja." Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menyapa.

"Allah bersamaku ya Rasulullah." kata Zahid.

"Maksudku kenapa engkau selama ini membujang saja, apakah engkau tidak ingin menikah?" kata Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Zahid menjawab, "Ya Rasulullah, aku ini seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan wajahku hodoh, siapa yang mahu akan diriku ya Rasulullah?"

"Asal engkau mahu, itu urusan yang mudah!" kata Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memerintahkan pembantunya untuk membuat surat yang isinya adalah melamar kepada wanita yang bernama Zulfah binti Said, anak seorang bangsawan Madinah yang terkenal kaya raya dan terkenal sangat cantik jelita.

Akhirnya, surat itu dibawa ke rumah Zahid dan ia diserah sendiri oleh Zahid ke rumah Said. Disebabkan di rumah Said sedang ada tetamu, maka Zahid setelah memberikan salam kemudian memberikan surat tersebut dan diterima di depan rumah Said.

"Wahai saudaraku Said, aku membawa surat dari Rasul yang mulia diberikan untukmu, saudaraku."

Said menjawab, "Adalah suatu kehormatan buatku."

Lalu surat itu dibuka dan dibacanya. Ketika membaca surat tersebut, Said agak terperanjat kerana tradisi Arab perkawinan yang selama ini, biasanya seorang bangsawan harus berkahwin dengan keturunan bangsawan dan yang kaya harus kawin dengan orang kaya, itulah yang dinamakan sekufu.

Akhirnya Said bertanya kepada Zahid, "Wahai saudaraku, betulkah surat ini dari Rasulullah?"

Zahid menjawab, "Apakah engkau pernah melihat aku berbohong?"

Dalam suasana yang seperti itu Zulfah datang dan berkata: "Wahai ayah, kenapa sedikit tegang terhadap tamu ini? bukankah lebih baik dijemput masuk?"

"Wahai anakku, ini adalah seorang pemuda yang sedang melamar engkau supaya engkau menjadi isterinya," kata ayahnya.

Disaat itulah Zulfah melihat Zahid sambil menangis sejadi-jadinya dan berkata:

"Wahai ayah, banyak pemuda yang tampan dan kaya raya semuanya menginginkan aku, aku tak mahu ayah..!" dan Zulfah merasa dirinya terhina.

Maka Said berkata kepada Zahid, "Wahai saudaraku, engkau tahu sendiri anakku tidak mahu, bukan aku menghalanginya dan sampaikan kepada Rasulullah bahawa lamaranmu ditolak."

Mendengar nama Rasul disebut ayahnya, Zulfah berhenti menangis dan bertanya kepada ayahnya, “Wahai ayah, mengapa membawa-bawa nama rasul?”

Akhirnya Said berkata, "Lamaran ke atasmu ini adalah perintah Rasulullah."

Maka Zulfah istighfar beberapa kali dan menyesal atas kelancangan perbuatannya itu dan berkata kepada ayahnya,

"Wahai ayah, kenapa sejak tadi ayah tidak berkata bahawa yang melamar ini Rasulullah, kalau begitu segera aku harus dinikahkan dengan pemuda ini. Kerana ingat firman Allah dalam Al-Qur’an surah An Nur 24, Ayat 51 :

"Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan. 'Kami mendengar, dan kami patuh/taat'. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (QS. An Nur 24:Ayat 51)”

Zahid pada hari itu merasa jiwanya melayang ke angkasa dan baru kali ini merasakan bahagia yang tiada taranya dan segera melangkah pulang. Sampai di masjid ia bersujud syukur. Rasul yang mulia tersenyum melihat gerak-geri Zahid yang berbeza dari biasanya.

"Bagaimana Zahid?"

"Alhamdulillah ia diterima ya Rasul,” jawab Zahid.

"Sudah ada persiapan?"

Zahid menundukkan kepala sambil berkata,

"Ya Rasul, aku tidak memiliki apa-apa."

Akhirnya Rasulullah menyuruhnya pergi ke Abu Bakar, Uthman, dan Abdurrahman bin Auf. Setelah mendapatkan wang yang cukup banyak, Zahid pergi ke pasar untuk membeli persiapan perkahwinan.

Dalam keadaan itu jugalah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menyeru umat Islam untuk menghadapi kaum kafir yang akan menghancurkan Islam. Ketika Zahid sampai di masjid, dia melihat kaum Muslimin sudah siap-siap dengan perlengkapan senjata, Zahid bertanya,

"Ada apa ini?"

Sahabat menjawab, "Wahai Zahid, hari ini orang kafir akan menghancurkan kita, maka apakah engkau tidak mengetahui?"

Zahid istighfar beberapa kali sambil berkata, "Wah, jika begitu perlengkapan nikah ini akan aku jual dan akan ku beli kuda yang terbaik."

Para sahabat menasihatinya, "Wahai Zahid, nanti malam kamu berbulan madu, tetapi engkau hendak berperang?"

Zahid menjawab dengan tegas, "Itu tidak mungkin!"

Lalu Zahid membaca ayat berikut:

"Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu daripada cintakan Allah dan Rasul-Nya (dengan) berjihad di jalan-Nya. Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (QS At Taubah: Ayat 24).

Akhirnya Zahid (Aswad) maju ke medan pertempuran dan mati syahid di jalan Allah.

Rasulullah berkata,

"Hari ini Zahid sedang berbulan madu dengan bidadari yang lebih cantik daripada Zulfah."

Lalu Rasulullah membacakan Al-Qur’an:

"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." ( Surah Ali Imran Ayat 169-170.)

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya." (Al Baqarah :Ayat 154).

Pada saat itulah para sahabat menitiskan air mata dan Zulfah pun berkata,

"Ya Allah, alangkah bahagianya calon suamiku itu, jika aku tidak dapat mendampinginya di dunia, maka izinkanlah aku mendampinginya di akhirat."

(Hayatus sahabah)

Sunday, April 24, 2011

Allah Swt senantiasa Menerima Taubat Hambanya

Kadang kala ada seseorang yang karena telah melakukan banyak perbuatan dosa, ia merasa bahwa Allah tak mungkin mengampuni dosa-dosanya. Sebenarnya, di saat-saat tertentu hati nuraninya memberontak ingin mengakhiri perbuatan maksiatnya. Jiwanya yang fitrah telah mengalami kelelahan yang luar biasa. Namun, karena anggapan bahwa dirinya sudah telanjur masuk ke dalam lumpur dosa yang terlalu dalam, ia merasa sudah terlalu kotor, akhirnya ia memutuskan untuk tidak perlu bertaubat. Ia beranggapan bahwa dosanya terlalu besar dan tak mungkin diampuni. Maka, ia merasa percuma bila bertaubat.

Menghadapi orang yang semacam ini, sungguh izinkan saya berbisik lembut di dekat telinganya, bahwa Allah Ta’ala senang atau gembira menerima taubat hamba-Nya. Dalam hal ini, ini ada sebuah hadits shahih dari Abu Hamzah Anas bin Malik al-Anshari, berkata bahwa Rasulullah Saw. bersabda:

“Sesungguhnya Allah gembira menerima taubat hamba-Nya, melebihi kegembiraan seseorang di antara kalian ketika menemukan kembali untanya yang hilang di padang yang luas.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Saudaraku tercinta, coba Anda bayangkan, dalam sebuah perjalanan yang jauh di sebuah padang yang luas, Anda membawa sebuah kenderaan unta. Oleh karena suatu hal, unta itu berlari meninggalkan Anda, lantas hilang entah ke mana. Padahal, di punggung unta itu terdapat bekal perjalanan Anda, termasuk makanan dan minuman. Anda kelelahan mengejar dan mencarinya, sehingga Anda terduduk di bawah sebuah pohon dengan hati yang benar-benar putus asa untuk menemukan kembali unta kendaraan Anda. Lalu, Anda tertidur.

Ketika Anda bangun dari tidur, membuka pelan-pelan mata Anda, dan yang pertama kali Anda lihat di depan Anda adalah unta kenderaan Anda lengkap dengan perbekalan Anda yang tiba-tiba sudah kembali. Bagaimana perasaan Anda? Sudah barang tentu, Anda sangat senang atau gembira sekali. Dalam hadits tersebut, Rasulullah Saw. menyebutkan bahwa Allah Swt. gembira menerima taubat hamba-Nya; melebihi kegembiraan sebagaimana Anda saat menemukan unta kendaraan Anda kembali.

Jika memang demikian adanya, sungguh tidak ada alasan lagi bagi seseorang yang merasa telah banyak berbuat dosa untuk takut tidak diterima taubat kepada-Nya. Betapa Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang kepada hamba-Nya. Bahkan, rahmat Allah mengalahkan amarah-Nya. Dalam hal ini, marilah kita renungkan sebuah hadits yang diceritakan oleh Abdan, dari Abu Hamzah, dari al-A’masy, dari Abu Shalih, dari Abu Hurairah Ra., dari Nabi Saw., beliau bersabda:

“Setelah Allah menciptakan seluruh makhluk, Dia menulis dalam Kitab-Nya, Dia menuliskan (ketetapan) atas diri-Nya dan Kitab itu diletakkan di sisi-Nya di atas ‘Arsy (yaitu): ‘Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan kemarahan-Ku.” (HR. Bukhari).

Berdasarkan hadits tersebut, semestinya kita segera memantapkan hati untuk senantiasa bertaubat kepada-Nya. Bukan malah sebaliknya, dengan dalih bahwa rahmat Allah mengalahkan amarah-Nya, malah tidak segera bertaubat kepada-Nya. Sungguh, ini adalah kesalahan yang sangat fatal. Sebab, siapakah yang bisa menjamin di waktu ke depan masihkah ada kesempatan bagi kita bertaubat bila ajal tiba-tiba menjelang?

Maka, marilah segera kita menuju kegembiraan Allah Swt. bila hamba-Nya bertaubat atas segala kesalahan yang telanjur terjadi. Marilah menjadi hamba yang tidak berlama-lama dalam gelimang dosa, dan segera menuju hidup yang penuh kebahagiaan dalam ridha-Nya.


Sebelum berundur, marilah kita sama-sama hayati video di bawah ini....

video

Thursday, April 21, 2011

Jumaat yang berkat!


Pada khamis malam, aktiviti bacaan yasin di surau As-Syakirin tetap berjalan seperti biasa. Jadi kat sini Firqah Syakirin ingin berkongsi mengenai kelebihan hari jumaat itu sendiri. Memang semua org suke kalau hari jumaat sbb hari tue last day sekolah. tapi, kita tahu tak apa yang istimewa sangat hari jumaat nie ? Banyak org cakap Jumaat tue, 'penghulu segala hari'.Tapi janganla pulak kita rasa Jumaat je yg istimewa, nanti kecik hati si Monday, Tuesday ngan Wednesday. Cuma yang nak ditekankan kat sini adalah tentang kelebihan Hari Jumaat sbb byk perkara berkaitan dengan kehidupan kita sebagai muslim. Antaranya ialah :

  • Mati Pada Malam Jumaat:

Hadis Nabi s.a.w “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat @ pada malam Jumaat kecuali diselamatkan daripada fitnah kubur”.

  • Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat:

Nabi s.a.w. bersabda “Barangsiapa yang dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah s.w.t. pahala 100 orang yang mati syahid. Dan barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah s.w.t. akan mengecap hatinya”.

  • Selawat:

Sabda Nabi s.a.w. “Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

  • Memotong Kuku:

Ibn Masud berkata “Mereka yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.


Selain itu, berikut juga merupakan keistimewaan yang terkandung pada Jumaat :


- Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu..

- Berlakunya hari kiamat.

Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Semoga para muslim dan muslimat sekalian dapat mengambil iktibar daripada ilmu yang disampaikan dan sama-samalah kita menuju ke arah kecemerlangan!! Wassalam...


Tuesday, April 19, 2011

11 Sifat Orang Beriman

Assalammualaikan w.b.t buat para pembaca Firqah Syakirin.

InsyAllah, untuk entri hari Rabu minggu ini, Firqah Syakirin ingin berkongsi tentang isi-isi penting di dalam Surah Furqan. Surah ini adalah surah yang ke 25 di dalam Al-Quran (juz 18-19) dan telah diturunkan di Mekah Mukarramah. Furqan bermaksud pembeza. Furqan juga merupakan nama lain bagi Al-Quran kerana Al-Quran adalah pembeza bagi yang haq dan batil.

untuk pengisian rohani pada hari ini, Firqah Syakirin akan menerangkan tentang perbezaan orang yang beriman dan yang tidak beriman. pada ayat 63-77 ada menggambarkan bahawa terdapat 11 sifat yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman.


1. Sifat tawadhu'

Tawadhu adalah sifat merendah diri. kata lawan bagi tawadhu' adalah takabbur (sifat membangga-bangga diri). Allah amat menyukai orang2 yg bersifat tawadhu' dan membenci orang-orang yang takabbur. Di dalam satu hadith ada mengatakan bahawa, jika di dalam diri seseorang terdapat sifat takabbur walau sebesar biji zarah, maka haram baginya Syurga.

orang yang beriman akan berjalan dengan penuh tawadhu; dalam keadaan tunduk dan merasakan bahawa dirinya sangat kecil.

2. Selalu mengucapkan kata-kata yang baik

Orang yang beriman akan sentiasa menuturkan kata-kata yang baik meski dia dilontar dengan perkataan yang tidak baik. perkara ini memang agak sukar untuk dilakukan, terutamanya ketika hidup di dalam kalangan dan budaya masa kini. namun, kita harus ingat bahawa Rasulullah SAW telah berpesan, bahawa orang yang paling baik akhlaknya adalah orang yang apabila diputuskan silaturrahim, dia tidak akan memutuskan silaturrahim.

3. Suka tahajjud di malam hari

Ayat ke 64 dari Surah Furqan bermaksud; "Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka"

sebelum itu, Firqah Syakirin ingin bertanya kepada para pembaca, bilakah waktu tidur yang paling sedap? mestilah tidur setelah bantal disorongkan apabila terjaga di lewat malam. bangun untuk solat tahajjud memerlukan keimanan dan keazaman yang kuat kerana ianya bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. namun, orang-orang yang beriman sentiasa tidak sabar untuk bermunajat dan memohon keampunan dari Allah Al Ghaffar.

Solat sunat tahajjud juga merupakan solat sunat muakkad (sentiasa dilakukan oleh Rasulullah SAW)

4. Takutkan seksa Allah

Apabila seseorang itu takutkan seksa Allah, maka dia akan sentiasa menjauhi perkara-perkara yang dilarang dan mentaati segala perintah Allah. Rasa takut ini penting kerana sebagai manusia, kita tidak terhindar dari melakukan kesilapan. tapi bila kita rasa takut dengan azab kubur dan seksa neraka, secara automatik, nak buat dosa pun takut.

tips untuk menghindari melakukan dosa, bayangkan ketika kita melakukan dosa tersebut, Allah tarik nyawa kita. takut kan? selain itu, kita juga hendaklah selalu berdoa agar hati kita disucikan dari sebarang keinginan untuk berbuat dosa, dan berdoalah agar hati kita dibersihkan dari segala kebencian kecuali kebencian kepada syaitan dan iblis dan perkara-perkara mungkar.

5. Bersederhana di dalam berinfaq

orang yang beriman akan sentiasa bersederhana dalam berbelanja. maksudnya, apabila berbelanja tidak akan boros dan tidak juga akan kedekut. sifat sederhana ini sentiasa ada tidak kira apa yang dilakukan. apabila bersedekah, bersedekahlah secara yang termampu dan tidak perlu menunjuk-nunjuk akan jumlah yang disedekahkan. namun, kita juga tidak harus bersifat kedekut di dalam amalan sedekah. cukuplah sekadar yang termampu. modesty is the key :)

6. Menjauhkan sifat syirik

kriteria yang ke 6 ini telah dinyatakan di dalam ayat 68 - 71 Surah Furqan. syirik itu bermaksud menyekutukan Allah atau menyembah selain dari Allah yang Maha Esa. sebagai seorang Islam, kita hendaklah berpegang pada rukun Islam yang pertama iaitu kalimah syahadah yang mana kita mengakui dengan lidah, hati dan anggota badan bahawa "Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah". sekaligus, apabila kita mempercayai bahawa ada kuasa yang lebih berkuasa dari Allah, maka syiriklah kita. Dosa syirik tidak akan pernah diampunkan oleh Allah.

7. Menjauhkan diri dari perbuatan membunuh

perbuatan membunuh merupakan dosa besar kerana ajal, maut adalah di tangan Allah. apabila seseorang melakukan perbuatan membunuh maka ia seolah-olah membunuh seluruh manusia (seperti yang tersurat dalam ayat 32 Surah Al Maidah)

namun, perbuatan membunuh seseorang atas dasar hukum qisas adalah dibolehkan.

8. Menjauhi zina

Ayat 69 Surah Furqan menyatakan bahawa penzina-penzina akan dilipat gandakan azabnya dan akan kekal di dalam neraka yang hina. namun pada ayat 70 dan 71, Allah telah memberikan khabar gembira buat mereka yang bertaubat.. betapa Pengasihnya Allah. apabila seseorang melakukan dosa dan bertaubat, dia akan diberikan pahala bertaubat. apabila dosanya itu telah hilang tetapi tetap meneruskan untuk bertaubat, maka pahala bertaubat akan sentiasa bertambah.

9. Mengelak dari bersaksi palsu

Dan orang-orang yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya. (Q.S. Al-Furqaan: 72)

Situasi ini sering terjadi, contohnya dalam sistem perhakiman yang tidak adil. apabila saksi memberikan keterangan yang palsu, ia akan menyebabkan orang yang tidak bersalah dihukum.
*sila betulkan jika ada kesilapan*

10. Senang menerima nasihat

Orang-orang yang beriman suka mendapat nasihat dan mendapatkan pengajaran dari orang-orang yang memberikan pengajaran. sesetengah individu merasakan bahawa tiada yang layak untuk menasihati dirinya, ia adalah salah satu sifat takabbur (berbalik kepada kriteria pertama). sebagai orang yang beriman, kita hendaklah sentiasa memberikan ruang untuk penambahbaikan dalam diri kita dan memantapkan iman.

11. Sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT

Orang-orang seperti ini dikatakan akan mendapat ganjaran yang paling tinggi di akhirat. Berdoalah sentiasa kepada Allah, berdoalah untuk kebaikan diri sendiri, untuk ibu bapa, keluarga, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan seluruh Muslimin dan Muslimat.

kadangkala Allah menangguhkan untuk memakbulkan doa kita kerana Allah rindu akan rintihan hambaNya.

Begitulah sedikit kupasan yang dapat dikongsikan pada post kali ini. semoga dapat menyuntik semangat kita untuk menjadi hamba yang terbaik, menjadi umat yang terbaik dan menjadi diri kita yang terbaik.

Wallahualam.

Wassalam.


Saturday, April 16, 2011

10 sebab-sebab doa tidak diperkenankan oleh Allah

Ya Rabb, selalu aku meminta padamu...tapi mengapa engkau tidak perkenankan doaku? Mari kita kaji sendiri apa silap kita sehingga kadang-kala doa kita tidak dimakbulkan....

1. Kita mengaku mengenali Allah tetapi tidak pernah menunaikan akan hak-hakNya dengan melaksanakan segala surahan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.


2. Kita mengakui menyintai Rasulullah tetapi tidak pernah sekali pun mengikuti sunnahnya.

3. Kita mengakui bahawasyaitan itu adalah musuh yang paling ketat tetapi masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.

4. Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan segala isi kandungnya.

5. Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan maksiat dan dosa.

6. Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama kita tetapi tidak pernah melihat kepada keaiban sendiri.

7. Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allah beri tetapi tidak pernah sekalipun mahu bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya.

8. Kita mengiringi dan mengebumikan jeazah di perkuburan tetapi tidak pernah mahu mengambil iktibar dari kematian itu.

9. Kita tahu dan yakin bahawa kematian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat persiapan untuk menuju ke sana.

10. Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama orang-orang soleh tetapi tidak pernah berusaha mendapatkannya.

Namun, Allah maha pemurah lagi maha mengasihani. Apa yang kita pinta Allah penuhi jua kerna Allah malu untuk menolak permintaan hambanya yang penuh dengan pengharapan...Janganlah berputus asa mengharap dari Yang Maha Esa.....semoga doa kita diperkenankan Allah S.W.T...amin

Thursday, April 14, 2011

Selangkah ke Palestin : The Untold Story


Alhamdullilah, dengan limpah dan kurniaNya, dapatlah kita sama-sama menghayati satu lagi isu menarik pada ceramah yang diadakan khamis malam kali ini. Ceramah ini disampaikan sendiri oleh seorang sukarelawan yang terlibat dalam misi kemanusiaan Palestin pada tahun lepas. Bertempat di surau As-Syakirin,Ir. Dr. Selamat menceritakan mengenai pengalaman beliau sewaktu detik cemas itu berlaku. Beliau juga menekankan mengenai hubungan kita dengan bumi palestin sebagai isu kemanusiaan dan aspek akidah dimana kita wajar mengambil tahu tentang hal-ehwal masyarakat Palestin. Terdapat pelbagai gerakan pembebasan muncul di Palestin seperti Fatah (1959) namun Israel terus menekan kerajaan Palestin yang baru dibentuk oleh Hamas. Revolusi Israel terus melanda negara itu dan apa yang lebih sadis apabila Yahudi terus merampas tanah yang bukan milik mereka.

Misi Kemanusiaan LL4G

Mengimbau kembali detik bersejarah itu, Ir.Dr. Selamat sempat meluahkan perasaan beliau dimana terdapat banyak syarikat yang menolak untuk memberi sewa kapal bagi misi kemanusiaan kerana gentar akan ancaman Israel. Namun, para sukarelawan bangkit untuk meneruskan misi mereka dengan adanya kapal Mavi Marmara dan Rachel Corrie. Namun malang menimpa mereka apabila Kapal Mavi Marmara diserang di perairan antarabangsa oleh tentera Israel. Dr.Selamat menjelaskan lagi waktu kejadian itu kira-kira awal pagi selepas solat subuh pada 31 Mei 2010. Perasaan takut mula menyelubungi para sukarelawan ketika mengerjakan Solat Subuh setelah bot Israel menghampiri kapal mereka.

Tiada perkataan yang mampu menggambarkan kekejaman Israel terhadap para sukarelawan. Dr. Selamat menceritakan bagaimana pihak Israel menyembunyikan kejahatan mereka dengan memberi alasan bahawa mereka melepaskan tembakan kerana para sukarelawan bertindak memukul mereka. Lebih kejam lagi, tentera Israel telah merampas semua peralatan media seperti kamera, telefon dan komputer. sewaktu Dr. Selamat berkongsi video, kami tertarik dengan kisah seorang sukarelawan dari Indonesia yang cedera parah akibat terkena tembakan. Apa yang menyedihkan lagi, pihak hospital Israel telah merawat mangsa itu dengan cara yang langsung tidak boleh diterima akal. mereka menjahit luka mangsa bak kata orang melayu, 'cincai-cincai je'.Alhamdulillah,sukarelawan tersebut selamat setelah menjalani pembedahan yang kedua di negaranya. Selain itu, para sukarelawan ini juga ditahan di penjara Israel tanpa apa-apa kesalahan.

Meskipun terdapat banyak lagi kisah-kisah yang ingin dikongsi oleh beliau kepada warga IPG KPT, namun masa tidak mengizinkan. Walaupun begitu, kita tetap mampu merasai kesakitan dan keperitan yang telah dilalui mereka sepanjang tempoh tersebut. Semoga kita dapat menghayati peristiwa ini dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Wassalam.