Tentang Firqah Syakirin

KELAB INI TELAH DITUBUHKAN SECARA RASMINYA PADA 6 SEPTEMBER 2007 HASIL DARIPADA RUNDINGAN BERSAMA ANTARA PARA PELAJAR DAN PENSYARAH. SECARA RASMINYA KELAB INI BERNAUNG DI BAWAH ORGANISASI SURAU ASY-SYAKIRIN IPTKL YANG BERTINDAK SEBAGAI TENAGA KERJA BAGI MEMAKMURKAN SURAU DAN SELURUH IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK SECARA AMNYA.

SECARA UMUMNYA, SEMUA GURU PELATIH MUSLIM IPGM KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK ADALAH AHLI KELAB ASY-SYAKIRIN. TETAPI TENAGA KERJA YANG MENGGERAKKAN AKTIVITI-AKTIVITI DI SURAU IALAH AHLI JAWATANKUASA KELAB ASY-SYAKIRIN.


WALAUPUN KELAB INI MASIH BARU, TETAPI HASIL KERJASAMA ANTARA PENSYARAH DAN PARA PELAJAR TELAH BANYAK MEMBANTU MENGIMARAHKAN SURAU DENGAN PELBAGAI AKTIVITI-AKTIVITI KEAGAMAAN SEPERTI IFTAR RAMADHAN, CERAMAH BULANAN, PENGAJIAN KITAB DAN USRAH.


DIHARAPKAN DENGAN PENUBUHAN KELAB INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA GURU PELATIH MUSLIM IPGM KPT KHUSUSNYA. SEMOGA USAHA PARA TENAGA KERJA KELAB ASY-SYAKIRIN YANG SEDIKIT INI DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH SWT.