Wednesday, April 6, 2011

Setiap kesulitan pasti ada kemudahan

Bismillahirahmanirrahim

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat warga IPTeknik yang dikasihi sekalian. InsyAllah, blog ini akan lebih kerap di-update pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. =)

Kini, para warga IPTeknik sedang bertungkus-lumus dalam menyiapkan segala tugasan, kerja kursus, melengkapkan portfolio dan membuat persediaan untuk Ujian Akhir Kursus dan peperiksaan akhir semester. Tentu ramai yang berasa sedikit tertekan dengan beban kerja ini. Kita juga mungkin mengeluh dan berharap 24 jam dalam sehari itu boleh dipanjangkan lagi. Namun, kita harus ingat. Allah SWT telah memberikan 24 jam di dalam sehari, sama rata, tidak lebih dan tidak kurang kepada semua insan di dunia ini. Ianya terpulang kepada kita untuk menguruskan dan menggunakan masa dengan sebaiknya.



'Masa itu umpama pedang jika kamu tidak memenggalnya nescaya ia akan memenggal lehermu' - Saidina Ali r.a

oleh itu, diharapkan agar rakan-rakan dapat memberikan priority terhadap perkara yang lebih penting.

namun begitu, ada juga yang terlalu menumpukan perhatian terhadap kerja sehingga solat diabaikan. Rakan-rakan terlalu khusyuk dalam menyiapkan tugasan sehingga tidak sedar bahawa waktu solat sudah hampir ke hujungnya.. jangan begitu ya rakan-rakan. Tidakkah kita merasa bahawa solat itu adalah satu bentuk istirehat yang telah Allah kurniakan kepada kita? Cuba bayangkan jika Allah tidak memerintahkan kita untuk solat. Tentulah kita tidak mempunyai ruang untuk berehat. Yang bekerja akan terus-terusan bekerja dan yang bermain akan terus-terusan bermain. Sesunggguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik buat kita semua.

Sepertimana juga kita ketahui bahawa janji Allah itu pasti, usaha kita dalam menuntut ilmu tentunya tidak sia-sia. Tekanan dalam menyiapkan tugasan, mengejar dateline, assignment yang di-reject, itu semua hanyalah ujian dari Allah semata-mata.

Dalam surah al-Insyirah ayat 7 Allah berfirman : “Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal yang lain)”.

Dan dalam surah an-Najm ayat 39 Allah berfirman pula “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”.

Janji Allah itu pasti. Diharapkan agar rakan-rakan warga IPTeknik dapat menempuh segala ujian dan cabaran dengan hati yang tenang dan redha.

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan.

Jika ditimpa kesukaran dan kesusahan, rakan-rakan warga IPTeknik bolehlah mengamalkan doa seperti berikut (doa memohon kemudahan)


اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.


Sekian. Semoga mendapat hasanah.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment