Wednesday, April 27, 2011

jangan berkata "kalau"

Assalammualaikum w.b.t, dengan izin-Nya, blog Firqah Syakirin dapat di-update lagi pada hari ini. walaupun WLAN Student agak slow, mungkin kerana hujan lebat yang turun membasahi bumi Cheras petang tadi, blog ini akan terus di-update tepat pada masanya insyAllah.

okay, hari ini Firqah Syakirin akan berkongsi tentang sebuah hadis yang mungkin akan membantu kita untuk berfikiran lebih positif;

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
Riwayat Muslim


Huraian
1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.

2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.

3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.

selain itu, kita sebagai umat Islam juga harus ingat bahawa tidak ada sesuatu musibah/kejadian yang berlaku kepada kita melainkan dengan izin Allah. tabahlah dengan segala ujian yang dihadapi. apalah sangat ujian yang kita hadapi di dunia ini berbanding dengan ujian-ujian yang telah dihadapi oleh Rasul-rasul dan Nabi-nabi terdahulu. :)

akhir kata, semoga pembaca mendapat manfaat daripada update kali ini.

Sekian, Wassalam...

p/s: sudahkah berselawat kepada Baginda Rasulullah SAW pada hari ini? :)


No comments:

Post a Comment