Thursday, April 7, 2011

Ada apa dengan MARAH????


Marah??? Apa itu marah? Kata org tua-tua, kalau kita cepat marah, nanti cepat tua. Tapi ramai je manusia x kesah dgn kata hikmat tue sbb memang x menjadi pon.

Situasi 1 :

Cube letakkan diri kita dalam satu situasi, sedang kita berjalan di atas bumi Allah nie, kita terpijak pulak tahi lembu. Waktu tue mesti muka kita dah berubah kn??? Nak marah kat sape?? Lembu?? Berani ke kita marah die?? silap-silap dia sondolnya kita nie. Kita sebenarnya boleh mengatasi perasaan marah tue. cara dia senang je. Bila kita dah tgk kat selipar tesco kita tue ade tahi lembu, kita cuba buat mcm nie:

1) Senyum pada selipar
2) Istighfar kepada Allah
3) Pergilah basuh selipar tue,tunggu apa lagi!!

Tidak perlulah kita memperbesarkan dan berperasaan marah pada sesuatu perkara yang kecik.

Seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah Asy Syura ( 37) yang bermaksud :

Dan juga (lebih baik dan lebh kekal bagi ) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah ( disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.


Jika tadi masalah kita dengan binatang, cuba kita renungkan pula masalah kita dengan orang sekeliling.....

Situasi kedua :

Sedang kita dan kawan-kawan menuju ke kantin selepas habis kelas, kita akan meninjau terlebih dahulu tempat kosong utk duduk. tiba-tiba, kantin dipenuhi dengan warga maktab. Masa itu, muka kita mesti dah macam tauhu masak merah,kn??? Nak marah ke??? Sabar dulu.... Lepas tu, kita pergi pulak kat tempat lauk-pauk tue, malangnya nasik pulak abis. Apalagi, kita pun melentingla dan menghamburkan kata-kata kesat pada bekas nasi tadi. Sebenarnya, kita kena faham situasi itu. Jgn cepat marah...Seperti yang kita tahu, populasi masyarakat kt Malaysia nie dah bertambah. So, ramaila org kat kantin. Lagipun, kafe kan ade. Kalau habis jugak makanan, kita boleh pergi Penara, Velo ataupun kalu nak sejuk sikit...pegi KFCla. Kalau habis jugak, tak dapatla den nak nolong. Lagipun, Allah sayang pada orang yang sabar dan pandai mengawal emosi mereka.

Mungkin dua cerita tadi mampu memberi ruang kepada minda kita untuk berfikir bagaimana untuk menghindari perasan marah tue. Semoga kita akan berubah ke arah yang lebih baik. x pela kalau hari ini kita asyik marah-marah...tapi esok kena make sure yang sifat marah kita tue dah berkurang,k.... wassalam.

No comments:

Post a Comment