Thursday, April 21, 2011

Jumaat yang berkat!


Pada khamis malam, aktiviti bacaan yasin di surau As-Syakirin tetap berjalan seperti biasa. Jadi kat sini Firqah Syakirin ingin berkongsi mengenai kelebihan hari jumaat itu sendiri. Memang semua org suke kalau hari jumaat sbb hari tue last day sekolah. tapi, kita tahu tak apa yang istimewa sangat hari jumaat nie ? Banyak org cakap Jumaat tue, 'penghulu segala hari'.Tapi janganla pulak kita rasa Jumaat je yg istimewa, nanti kecik hati si Monday, Tuesday ngan Wednesday. Cuma yang nak ditekankan kat sini adalah tentang kelebihan Hari Jumaat sbb byk perkara berkaitan dengan kehidupan kita sebagai muslim. Antaranya ialah :

  • Mati Pada Malam Jumaat:

Hadis Nabi s.a.w “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat @ pada malam Jumaat kecuali diselamatkan daripada fitnah kubur”.

  • Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat:

Nabi s.a.w. bersabda “Barangsiapa yang dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah s.w.t. pahala 100 orang yang mati syahid. Dan barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah s.w.t. akan mengecap hatinya”.

  • Selawat:

Sabda Nabi s.a.w. “Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

  • Memotong Kuku:

Ibn Masud berkata “Mereka yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.


Selain itu, berikut juga merupakan keistimewaan yang terkandung pada Jumaat :


- Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu..

- Berlakunya hari kiamat.

Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Semoga para muslim dan muslimat sekalian dapat mengambil iktibar daripada ilmu yang disampaikan dan sama-samalah kita menuju ke arah kecemerlangan!! Wassalam...


No comments:

Post a Comment