Tuesday, May 3, 2011

Ummi,mak,mama,mummy,bapak,ayah,abah,daddy


" Assalamualaikum mak, Leman nie"
"Waalaikumussalam Leman, apa mimpi hang telefon pagi-pagi buta nie.Selalu lepas isyak baru hang telefon."
"Mak, elaun buku tak masuk lagi. Leman nak pakai duit sikit nak pi topup handphone.Lepas tue, Leman berkenan nak pi tengok konsert Justin Bibir.Bukannya selalu dia mai Malaysia. Mak bagi sat na duit. Boleh la mak"
"Justin Bibir ja? Konsert Maroon125 tak mau tengok skali? Ok lah,lepas mak tengok Maharaja Lawak mak bank in."

Begitulah situasi rekaan antara ibu dan anak. Demi anak-anak apa sahaja yang diinginkan dituruti oleh ibu dan bapa.

Sahabatku sekalian, betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Usahlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita. Ibulah yang telah mengandungkan kita,bukannya sekejap tetapi 9 bulan 10 hari kita di dalam kandungan,dibawa bersama-sama payah jerih ditanggungnya. Okeh, saya estimate berat kita semasa dalam kandungan adalah lebih kurang 3 kg. Bayangkan kita bawa 3 kg gula yang diikat pada perut kehulu-kehilir sehinggakan waktu tidur pun kita membawanya selama 9 bulan 10 hari pula. Sedangkan sehari pon kita tak sanggup , inikan pula 9 bulan 10 hari ditambah pula dengan rasa mual, loya dan muntah-muntah yang ibu alami? Tahukah sahabat, semasa ibu melahirkan kita banyak uratnya yang putus. Kita yang terjatuh semasa acara larian,terseliuh semasa bermain bola pun sudah sakit tidak terperi, inikan pula banyak urat yang putus semasa melahirkan kita. Sakit yang amat sahabat. Semasa kita sudah lahir pula,ketika waktu tidur ibu kita menjaga kita,kalau boleh seekor nyamuk pun tak dibenar gigit kita.Sanggup stay up setiap malam semasa kita sakit . Bagaimana kita nak membalasnya sahabat?

Seorang lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan yang tinggi disebalik pengorbanan seorang ibu.Bapa kita telah membesarkan kita,dia telah bersusah payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai masalah dan cabaran kehidupan. Sanggup jual motor, tahan kelaparan dan bekerja siang malam untuk mencukupi keperluan kita. Kadangkala, bapa sanggup menghadapi pekerjaan yang berbahaya untuk memastikan anak-anak dirumah dapat makan dan mempunyai keperluan seperti yang lain.

Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita.Sebagai anak-anak kita wajib membalas akan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita mampu berjaya dalam kehidupan,walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dari anak-anak mereka.Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu-bapa kita.

Mari kawan-kawan, sama-sama kita doakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita. Mungkin ada sahabat-sahabat yang terlupa doa untuk ibubapa. Mari saya ingatkan kembali. 1,2,3....jom baca sama-sama



Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan
dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

No comments:

Post a Comment