assalammualaikum semua..sihat tak hari ni? yang dah penat mentelaah pelajaran tu jom la rilekskan diri, baca blog Firqah Syakirin ni.. hari ni, Firqah Syaqirin nak kongsi satu artikel yang amat menarik tentang betapa Pengampunnya Allah..
[sumber artikel]
jom baca..
"Ustaz, saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ni memang saya tak tinggal. Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat. Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?"
Ustaz N memandang telefon bimbit Masjid Kuning Kota Damansara. Bagus masjid ni. Ada segmen Tanyalah Ustaz. Sesiapa jemaah yang ingin bertanya, boleh menghantarkan SMS.
"Masih ada sinar." Ustaz N menjawab pendek.
Jemaah mengangguk. Kebanyakannya faham sifat Al-Ghafur Allah. Jemaah di situ memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman syurga ilmu. Marvellous!
Ustaz N menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan."
"SMS masuk,Pak" Telefon Bimbit Tanyalah Ustaz berbunyi lagi.
"Terima kasih, Ustaz. Macammana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"
Ustaz N tersenyum. "Pernah tak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri?"
Jemaah terlopong. Sah, tak dapat nak recall. Ini yang pentingnya hadir di ceramah-ceramah dan kuliah. Dapat peringatan, dapat refresh ilmu, dapat kesedaran. Dapat macam-macam. Best!
Ustaz N menarik nafas dan berkata, "Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."
Jemaah mengiyakan. Mereka teringat firman Allah s.w.t bahawa solat akan mencegah perkara keji dan mungkar.
"Maksud baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), lambat laun solat akan berjaya menjadi benteng kepada amalan keji dan mungkar."
Jemaah berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum dan mengangguk.
"Kesimpulannya, nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. InsyaAllah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita"
Dalam jemaah itu, seorang anak muda tunduk. Matanya berkaca. Dia berbisik: Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmatMu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.
menarik kan artikel ni? sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka bagi hamba-Nya yang benar-benar insaf dan sedar akan dosa-dosa yang dilakukan. kadang-kadang, kita merasakan bahawa diri ini cukup berdosa dan Allah tidak akan mengampunkan kita. kita sekali-kali tidak boleh mempunyai fikiran seperti itu. kita haruslah bersangka baik (husnuzon) terhadap Allah. percayalah pada sifat Allah yang Maha Pengampun. kadang-kadang, kita berdoa pada Allah supaya kita dapat melupakan dosa yang telah kita lakukan, namun kita selalu teringatkan dosa yang lampau. ini menyebabkan kita bersedih. jangan risau kawan-kawan.. adalah lebih baik jika kita sentiasa ingat pada dosa yang lampau agar kita sentiasa beristighfar pada Allah dan memohon keampunannya... Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. sinar keampunan itu sentiasa ada, cuma kita yang perlu beralih dari kegelapan.
oleh itu, berazamlah untuk menjadi lebih baik. nak berubah memang lambat, tapi tak mustahil. perbaikilah segala amalan kita, terutamanya solat fardhu yang merupakan tiang agama kita.
semoga pembaca blog Firqah Syakirin mendapat kebaikan dari post ini.
sekian, Wassalam.
p/s: dah berselawat hari ini? :)
No comments:
Post a Comment