Assalamualaikum buat semua sahabat-sahabat IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Alhamdullilah, di kesempatan ini, Firqah Syakirin ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan pada sabtu yang lepas iaitu pada tarikh 30 April 2011. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menghadiri aktiviti tersebut, pihak kami berasa berbesar hati untuk memberi sedikit info mengenainya.Aktiviti yang dinamakan sebagai 'Kem Perkasa Aqidah' merupakan ajuran bersama exco JPPI 2011/2012 dan Kelab Asy-Syakirin sendiri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Kem ini telah berlangsung selama satu hari bertempat di dewan kuliah IPGM KPT dari 8.30 pagi-5.00ptg. Seramai 80 orang lebih peserta telah menghadirkan diri untuk mengikuti aktiviti ini. Apa yang lebih mengembirakan adalah, beberapa orang pensyarah turut menghadiri ceramah yang telah dijalankan. Selain itu, pelajar daripada IPIK juga turut kelihatan dalam dewan yang diberkati itu. Terdapat tiga slot yang telah difokuskan dalam program ini dimana ia telah dikendalikan oleh Ustaz Abdullah Din dan juga Ustaz Khaidir bin Ishak. Isu yang telah diutarakan oleh mereka untuk dibincangkan adalah isu murtad. apa yang membimbangkan kes murtad di negara kita masih ada dan jika tidak dicegah, jumlahnya akan bertambah.
Ustaz Abdullah Din sempat berkongsi mengenai kisah benar dimana terdapat beberapa orang individu yang mahu menukararipada agama islam kepada kristian. Kebanyakan individu yang mempunyai masalah ini biasanya datang dari golongan orang yang berpelajaran. Entah dimana silapnya, kebanyakan guru mahupun siswazah dari bidang lain dilihat lebih cenderung untuk terlibat dalam kancah seperti ini. Mereka biasanya ingin murtad adalah berikutan kerana pasangan hidup mereka merupakan golongan yang mempunyai agama yang berbeza. Individu seperti Benjamin Stephen juga telah dilihat sebagai contoh terburuk berikutan dengan penghinaan yang telah dilemparkan olehnya terhadap agama islam walhal dia sebelum ini merupakan seorang muslim di muka bumi Allah S.W.T.
Slot yang seterusnya telah menarik perhatian peserta kem kerana pembongkaran kitab 'bible' telah dilakukan pada waktu itu. Kami berpeluang untuk melihat dan mengkaji sendiri mengenai konsep yang tersimpang jauh itu. Setelah melakukan beberapa pembongkaran, para ustaz-ustaz telah melahirkan rasa hairan bagaimana manusia yang dikurniakan akal ini tidak boleh berfikir secara relevan mengenai konteks yang ditulis dalam kitab tersebut yang secara terangnya tidak masuk akal. Kitab yang diamalkan oleh para kristian itu telah menyimpang jauh berikutan dengan sumber yang tidak boleh dirujuk dan dipercayai.
Selain itu, program ini dapat membantu para peserta dalam meningkatkan kualiti dakwah kerana dengan adanya pengetahuan yang lebih dalam bidang seperti ini, kita mampu membuktikan bahawa islam itu adalah ajaran agama yang benar. Program ini dilihat mampu memperkasakan lagi akidah kita sebagai muslim sejati. Mungkin pada masa hadapan, pihak Asy-Syakirin juga mampu melaksanakan program yang sebegitu penuh dengan informasi dan ianya melibatkan semua warga muslim di IPGM KPT. Itu sahaja yang dapat dikongsikan buat masa ini. Dikesempatan ini juga, diucapkan ribuan terima kasih buat semua yang telah terlibat dalam program ini secara langsung mahupun tidak. terima kasih juga buat anda yang sudi meluangkan masa untuk membaca kolum ini. Wassalam.
Ustaz Abdullah bin Din
No comments:
Post a Comment