Thursday, May 19, 2011

Allah knows what's the best for us!


Alhamdulillah.......bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumiNya lagi. Cuaca harini cerah, memang 'nice' kalau nak g jalan2 kat tasik Permaisuri. Harini, Firqah Syakirin nak berkongsilah satu topik yang agak menarik kerana ianya melibatkan diri kita iaitu ' Allah tahu apa yang terbaik buat kita' . Kita akan biasa tertanya2 dalam otak kita. "Nape aku, bukan ngko"? Cuba kita renungkan situasi kat bawah nie :

Ahmad : Eh, aku x dapat masuk UTPla....baru ingat nak keje ngan Petronas.
Dhani : Ala, bukan ape pon. Lagipon ngko dapat maktab kn?? Masuk la situ. Bagus ape!
Ahmad : Cikgu? X kaye la. Ajar bende yang same je tiap2 tahun. Harini 1,2,3...esok pon 1,2,3.
Dhani : Eh, ngko nie. Mesti ade hikmah nape ngko x dapat masuk UTP, pastu dpt masuk maktab.Lagipun kn, aku tgk ngko ade skill yang bagus untuk jadi seorang guru. 'Skill' komunikasi ngko hebat!


Daripada dialog kat atas, apa yang kita dapat simpulkan?? Dalam hidup nie, kita janganla asyik mempertikaikan je takdir tuhan tue. Setiap ape yang berlaku mesti ade sebab dan hikmahnya kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita, hambaNya. X payahla kita nak mengeluh. Manusia nie selalu nak kesenangan dan kebahagiaan je sepanjang masa. Allah menguji kita dengan kesusahan dan ujian bukan sebab Dia nak hukum kita, sebab setiap kesusahan tue, Allah dah janjikan kebahagiaan di penghujungnya.

Oleh tue, kalau kita rase bende yang kita nak tue x jadi mcm yang diiginkan, ingatlah bahawa itu merupakan cara untuk Allah menguatkan lagi keimanan kita. Kadang- kadang kita sering memaksa tuhan memakbulkan doa kita padahal tuhan tue lebih mengetahui akan apa yang terbaik buat kita dan apa yang kita perlukan selaku hambaNya. Namun, janganla berputus asa dalam berdoa. Kita kene percaya bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan perancanganNya yang di luar jangkaan kita. Kene ingat!!! tak ade perkara yang mustahil bagi Allah S.W.T.

Tapi janganlah pula kita berdoa nak suami atau isteri yang cantik dan kacak sedangkan solat 5 waktu pon x cukup. Berdoa sampai merah mata....teresak2...tapi hampeh. Mungkin entri pada kali nie agak ringkas, namun jika kite renungkan, banyak perkara2 yang harus kita titikberatkan dalam kehidupan seharian kita. Sekian sahaja daripada Firqah Syakirin dan terima buat sesiapa sahaja yang sudi meluangkan mase untuk membaca ruangan ini. Wassalam.




Wednesday, May 18, 2011

masihkah ada sinar?

assalammualaikum semua..sihat tak hari ni? yang dah penat mentelaah pelajaran tu jom la rilekskan diri, baca blog Firqah Syakirin ni.. hari ni, Firqah Syaqirin nak kongsi satu artikel yang amat menarik tentang betapa Pengampunnya Allah.. [sumber artikel]

jom baca..

"Ustaz, saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ni memang saya tak tinggal. Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat. Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?"

Ustaz N memandang telefon bimbit Masjid Kuning Kota Damansara. Bagus masjid ni. Ada segmen Tanyalah Ustaz. Sesiapa jemaah yang ingin bertanya, boleh menghantarkan SMS.

"Masih ada sinar." Ustaz N menjawab pendek.

Jemaah mengangguk. Kebanyakannya faham sifat Al-Ghafur Allah. Jemaah di situ memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman syurga ilmu. Marvellous!

Ustaz N menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan."

"SMS masuk,Pak" Telefon Bimbit Tanyalah Ustaz berbunyi lagi.

"Terima kasih, Ustaz. Macammana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"

Ustaz N tersenyum. "Pernah tak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri?"

Jemaah terlopong. Sah, tak dapat nak recall. Ini yang pentingnya hadir di ceramah-ceramah dan kuliah. Dapat peringatan, dapat refresh ilmu, dapat kesedaran. Dapat macam-macam. Best!

Ustaz N menarik nafas dan berkata, "Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."

Jemaah mengiyakan. Mereka teringat firman Allah s.w.t bahawa solat akan mencegah perkara keji dan mungkar.

"Maksud baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), lambat laun solat akan berjaya menjadi benteng kepada amalan keji dan mungkar."

Jemaah berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum dan mengangguk.

"Kesimpulannya, nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. InsyaAllah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita"

Dalam jemaah itu, seorang anak muda tunduk. Matanya berkaca. Dia berbisik: Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmatMu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.


menarik kan artikel ni? sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka bagi hamba-Nya yang benar-benar insaf dan sedar akan dosa-dosa yang dilakukan. kadang-kadang, kita merasakan bahawa diri ini cukup berdosa dan Allah tidak akan mengampunkan kita. kita sekali-kali tidak boleh mempunyai fikiran seperti itu. kita haruslah bersangka baik (husnuzon) terhadap Allah. percayalah pada sifat Allah yang Maha Pengampun. kadang-kadang, kita berdoa pada Allah supaya kita dapat melupakan dosa yang telah kita lakukan, namun kita selalu teringatkan dosa yang lampau. ini menyebabkan kita bersedih. jangan risau kawan-kawan.. adalah lebih baik jika kita sentiasa ingat pada dosa yang lampau agar kita sentiasa beristighfar pada Allah dan memohon keampunannya... Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. sinar keampunan itu sentiasa ada, cuma kita yang perlu beralih dari kegelapan.

oleh itu, berazamlah untuk menjadi lebih baik. nak berubah memang lambat, tapi tak mustahil. perbaikilah segala amalan kita, terutamanya solat fardhu yang merupakan tiang agama kita.

semoga pembaca blog Firqah Syakirin mendapat kebaikan dari post ini.

sekian, Wassalam.

p/s: dah berselawat hari ini? :)


Sunday, May 15, 2011

Exam


Assalamualaikum, bertemu kita kembali di blog yang terhangat bak pisang goreng yang baru keluar dari kuali setelah disaluti tepung goreng cap adabi. Hurm, untuk pengetahuan para pembaca, sekarang ini adalah musim demam bagi seluruh pelajar di IPGM. Kepada yang rasa nak demam tue eloklah minum air banyak-banyak dan banyak-banyakkan tidur...krooh... Bukan demam itu yang saya maksudkan, tetapi seluruh IPGM di Malaysia telah dilanda demam peperiksaan.

Waktu-waktu macam inilah kita akan mendapati peningkatan theophylline, theobromine dan caffeine dalam badan.Yang ni mmg xbole dinafikan jugak la, masing2 dah mengamalkan minum kopi, teh dll utk meningkatkan "nerve excitability" supaya tidak mudah mengantuk. Malam exam pula maka ramailah yang akan menggunakan ilmu hitamnya. Ya, menyeru dan memanggil “toyol-toyol”. Ada yang tulis pakai pen, ada guna pensel, dan sekarang ni lebih canggih ada yang print out 1 chapter sebab boleh pakai font saiz 4. Adus...

Masing-masing sibuk nak study group la, nak study kat bilik kawan la. Tapi ada je yang pergi dating. Betul tak? Siap sempat pergi tengok wayang lagi tu.. Bukak beg ada pulak bukunya.. Aduh.. Kalau terserempak dengan kengkawan kat dalam Mall ni memang best! Hahaha..


Situasi Semasa Exam

Pengawas akan buat pengumuman..

“ sila tinggalkan “toyol-toyol” anda di luar… Kalau didapati ada toyol yang berkeliaran dalam kelas, toyol dan tuannya akan ditangkap!”

Dalam kepala pengawas xm time ni memang dah macam-macam taktik pelajar nak meniru pengawas xm dah tahu. Sebab pengawas xm dah lalui semua ni. Jadi, pelajar tak payah nak cuba aksi-aksi terlarang la.Kadang-kadang mereka buat tak nampak je “aksi terlarang” ni. Paling tak pergi dekat meja tanya…

“ kamu sihat hari ni?”… Aish… menyindir nampak…

Time jawab exam kepala asyik fikir..

“ Aish.. bilalah pengawas ni nak keluar… “ Bila pengawas xm buat-buat keluar terus je pantas seru toyol atau “bersilaturahim” dengan kawan sebelah. Hahahha…


Paling geram dan jelous bila ada kawan yang buat-buat pandai pergi hantar kertas exam tapi masa exam belum habis lagi. Kita dah la banyak tak boleh jawab, dia pulak dah keluar. Grrr….

Dalam hati kecil mula rasa menyesal sebab tak study bab tu…

“ aduh,tadi aku dah tengok bab ni, menyesal aku tak baca…arghhhh!”

Sudah-sudah la...tak payah nak bawa toyol-toyol tue. Man jadda wa jada...siapa yang berusaha dialah yang akan berjaya. Bagaimana pula yang sudah berusaha tapi payah betul apa yang kita baca nak lekat dalam otak? Tak cukup sebenarnya jika kita HANYA USAHA. Cikgu saya pernah berkongsi bahawa petua kejayaan terdapat pada DUIT iaitu doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal. Amalkanlah doa dibawah disertai usaha kita iaitu belajar. Selepas itu kita ikhtiar lah dengan pemakanan seperti madu, kismis, kurma , air zam-zam dan sebagainya. Terakhir sekali, apabila kesemua langkah diatas kita dah lakukan, bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha penyayang..Sahabat-sahabat sekalian bolehlah mengamalkan doa-doa dibawah sebagai langkah kita untuk menuju ke gerbang kejayaan. Insyaallah...

-Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

.Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

.Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

.Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Thursday, May 12, 2011

Ceramah Perdana : Perbandingan Antara Agama


Surau As-Syakirin IPGM KPT


Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapatlah kita bersama-sama lagi dalam perkongsian ilmu pada hari ini. Seperti yang kita sedia maklum, telah berlangsungnya aktiviti solat hajat dan ceramah perdana pada khamis malam jumaat iaitu 12 Mei 2011 di Surau As-Syakirin. Warga IPtek dilihat cukup bertuah dengan kehadiran penceramah yang begitu hebat dan ' approachable' pada kali ini iaitu Ustaz Shah Kirit. Sebelum Firqah Syakirin mengolah mengenai isu yang telah diutarakan, marilah kita bersama-sama berkenalan dengan Ustaz Shah yang juga merupakan ahli persatuan Friendly Comparative Religion. Untuk makluman bagi muslim dan muslimat yang tidak berkesempatan untuk mengikut program ini, ustaz telah memeluk islam sejak 15 tahun yang lepas. Apa yang lebih menarik lagi, beliau telah membahasakan dirinya dengan panggilan 'brother Shah' sewaktu ceramah dijalankan selepas solat fardhu maghrib.

Isu dakwah merupakan aspek yang telah diberikan penekanan dalam isi ceramah yang disampaikan oleh beliau. Dakwah dari segi bahasa bermaksud menjemput atau memanggil manakala daripada segi syarak pula ia membawa pengertian yang lebih khusu iaitu seruan atau panggilan ke jalan Allah S.W.T.

Allah s.w.t berfirman:

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i’tiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”.

Surah Yusuf (13): 108

Beliau menjelaskan bahawa tanggungjawab berdakwah itu bukanlah untuk digalas semata-mata oleh imam mahupun ustaz tetapi ianya tanggungjawab semua muslim yang ada di muka bumi ini. Selain itu, beliau memperingatkan kepada semua hadirin yang hadir dalam ceramah yang penuh barakah itu untuk sama-sama memikirkan mengenai kepentingan dakwah kepada bukan muslim dan bagaimana untuk melaksanakan tugas tersebut. Di sini, Firqah Syakirin ingin melahirkan rasa bangga terhadap Ustaz Shah kerana beliau banyak mengetahui ilmu-ilmu yang penting dalam usaha menyampaikan dakwah dengan berkesan. Menurut beliau, selaku seorang muslim, kita haruslah mengkaji agama yang lain bagi memudahkan proses dakwah itu kerana kita tahu apa yang mereka praktikkan dan kita akan mudah untuk mendekati mereka. Walhal, ustaz sendiri telah banyak belajar dan mengkaji mengenai agama hindu, kristian, sikhism dan sebagainya.

Muslim pada hari ini banyak menidakkan tugas berdakwah dengan alasan, ' Saya pon x betul, camner nak bimbing orang?' Selaku muslim yang bersemangat, kita boleh melaksanakan tanggungjawab seperti itu disamping berusaha untuk memperbaiki diri kita sendiri. Janganlah kita merasa rendah diri dek kerana dosa yang telah kita lakukan. Di samping itu juga, ustaz banyak berkongsi mengenai asal-usul agama-agama lain dan ini secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu pada warga IPtek. Dalam kesibukan berdakwah kepada masyarakat yang bukan muslim, kita alpa dan lupa kepada golongan muslim yang telah hanyut dalam dunia mereka sendiri. Kebanyakan golongan ini terlibat dalam kancah kehinaan seperti gejala maksiat. Justeru, kitalah yang harus membawa mereka pulang dan menuju kepada jalan yang benar. Islam juga menyuruh umatnya untuk menyampaikan teguran mahupun dakwah dengan cara yang sopan dan berhemah seperti yang telah dilaksanakan oleh para nabi-nabi dahulu.

Secara konklusinya,program pengisian seperti ini amat bagus bagi kita bakal guru-guru kerana kitalah yang akan membentuk 'benteng pertahanan negara'. Jika kita merupakan seorang hamba Allah yang berani, maka anak didik kita juga akan mengikuti jejak langkah kita. Sampai disini sahaja perkongsian ilmu daripada Firqah Syakirin. Semoga bertemu lagi dan sama-samalah kita merubah diri kita ke arah yang lebih baik. Wassalam.




Wednesday, May 11, 2011

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia

assalammualaikum w.b.t

minggu lepas kita telah meraikan cinta dan kasih sayang kita terhadap ibu kita bersempena Hari Ibu. macam2 luahan hati yang telah dicoretkan di "dinding" Facebook masing2 dengan bait kata2 yang indah hanya untuk Ibu kita. kan meriah kalau hari-hari macamni.. hari ni, Firqah Syakirin nak berkongsi tentang cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggalkan dunia fatamorgana ini.

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, adakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). (Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : “ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia ? Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya.“ (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)


senang je kan nak berbakti..banyakkanlah doa untuk kedua ibu bapa kita samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggalkan kita. jangan tunggu waktu solat je nak berdoa.. berdoa bila2 pun boleh. :)


sekian, semoga mendapat kebaikan dari post kali ini.


wassalam.

Friday, May 6, 2011

Al-Khansa...Ummu syuhada




Sempena hari ibu ini, saya ingin mengajak para pembaca untuk menghayati satu kisah perjuangan seorang ibu yang menyuruh keempat-empat anaknya berkorban demi menegakkan syariat Islam. Al-Khansa....beliaulah wanita itu. Marilah kita sama-sama menghayati kisah perjuangannya.


Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :


"Setiap mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku."


Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dan dididik berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.

Pada tahun 14 Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuang tentera Islam.


Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang,

"Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah s.w.t. kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."

Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar nasihat bonda yang disayanginya.


Seterusnya Khansa berkata, "Jika kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah s.w.t.. Jika kamu melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang sedang bergejolak, masuklah kamu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."

Subuh esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah s.w.t. iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah s.w.t. memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik sahaja semboyan perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah s.w.t..

Putera-putera Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair, "Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa lagi."


Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,

"Demi Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah." Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair, "Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya sendiri. Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi."

Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair, "Bukanlah aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan dan bukanlah pula kerana 'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal kalau aku tidak membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahaya, dan musnah mangsa oleh senjataku." Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil sahaja yang dapat menyelamatkan diri.

Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa. Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa memberitahukan bahawa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,

"Segala puji bagi Allah s.w.t., yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengharapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid."

Thursday, May 5, 2011

Kem Memperkasakan Akidah






Assalamualaikum buat semua sahabat-sahabat IPGM Kampus Pendidikan Teknik. Alhamdullilah, di kesempatan ini, Firqah Syakirin ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan pada sabtu yang lepas iaitu pada tarikh 30 April 2011. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menghadiri aktiviti tersebut, pihak kami berasa berbesar hati untuk memberi sedikit info mengenainya.Aktiviti yang dinamakan sebagai 'Kem Perkasa Aqidah' merupakan ajuran bersama exco JPPI 2011/2012 dan Kelab Asy-Syakirin sendiri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kem ini telah berlangsung selama satu hari bertempat di dewan kuliah IPGM KPT dari 8.30 pagi-5.00ptg. Seramai 80 orang lebih peserta telah menghadirkan diri untuk mengikuti aktiviti ini. Apa yang lebih mengembirakan adalah, beberapa orang pensyarah turut menghadiri ceramah yang telah dijalankan. Selain itu, pelajar daripada IPIK juga turut kelihatan dalam dewan yang diberkati itu. Terdapat tiga slot yang telah difokuskan dalam program ini dimana ia telah dikendalikan oleh Ustaz Abdullah Din dan juga Ustaz Khaidir bin Ishak. Isu yang telah diutarakan oleh mereka untuk dibincangkan adalah isu murtad. apa yang membimbangkan kes murtad di negara kita masih ada dan jika tidak dicegah, jumlahnya akan bertambah.

Ustaz Abdullah Din sempat berkongsi mengenai kisah benar dimana terdapat beberapa orang individu yang mahu menukararipada agama islam kepada kristian. Kebanyakan individu yang mempunyai masalah ini biasanya datang dari golongan orang yang berpelajaran. Entah dimana silapnya, kebanyakan guru mahupun siswazah dari bidang lain dilihat lebih cenderung untuk terlibat dalam kancah seperti ini. Mereka biasanya ingin murtad adalah berikutan kerana pasangan hidup mereka merupakan golongan yang mempunyai agama yang berbeza. Individu seperti Benjamin Stephen juga telah dilihat sebagai contoh terburuk berikutan dengan penghinaan yang telah dilemparkan olehnya terhadap agama islam walhal dia sebelum ini merupakan seorang muslim di muka bumi Allah S.W.T.

Slot yang seterusnya telah menarik perhatian peserta kem kerana pembongkaran kitab 'bible' telah dilakukan pada waktu itu. Kami berpeluang untuk melihat dan mengkaji sendiri mengenai konsep yang tersimpang jauh itu. Setelah melakukan beberapa pembongkaran, para ustaz-ustaz telah melahirkan rasa hairan bagaimana manusia yang dikurniakan akal ini tidak boleh berfikir secara relevan mengenai konteks yang ditulis dalam kitab tersebut yang secara terangnya tidak masuk akal. Kitab yang diamalkan oleh para kristian itu telah menyimpang jauh berikutan dengan sumber yang tidak boleh dirujuk dan dipercayai.

Selain itu, program ini dapat membantu para peserta dalam meningkatkan kualiti dakwah kerana dengan adanya pengetahuan yang lebih dalam bidang seperti ini, kita mampu membuktikan bahawa islam itu adalah ajaran agama yang benar. Program ini dilihat mampu memperkasakan lagi akidah kita sebagai muslim sejati. Mungkin pada masa hadapan, pihak Asy-Syakirin juga mampu melaksanakan program yang sebegitu penuh dengan informasi dan ianya melibatkan semua warga muslim di IPGM KPT. Itu sahaja yang dapat dikongsikan buat masa ini. Dikesempatan ini juga, diucapkan ribuan terima kasih buat semua yang telah terlibat dalam program ini secara langsung mahupun tidak. terima kasih juga buat anda yang sudi meluangkan masa untuk membaca kolum ini. Wassalam.



Ustaz Abdullah bin Din



Wednesday, May 4, 2011

nak dapat pendapatan lebih, kena kerja overtime

Assalammualaikum semua.. bagaimana dengan cuti panjang minggu lepas? best tak? harap-harap semua dah dapat rehat yang secukupnya. tak lama lagi dah exam, mesti ramai yang stay up dan tak cukup tidur. tapi, jangan lupa niatkan semuanya utk Allah. menuntut ilmu pun satu perjuangan yang mulia juga tau :)

memandangkan musim exam dah dekat, mesti ramai yang bangun malam untuk mengulangkaji pelajaran, alasannya sebab suasana sejuk, tenang dan tak riuh seperti di waktu siang. apa kata kita sambil menyelam, minum air pulak, bangun malam untuk study DAN menunaikan qiamullail. musim-musim exam ni, adalah baik jika kita lebih kerap menunaikan solat hajat, solat sunat taubat, solat tahajjud dll.

kali ni, Firqah Syakirin nak berkongsi satu artikel yang merupakan coretan asal saudara Mohd Sofian b Mohd Resali yang telah menggunakan analogi yang menarik tentang qiamullail dan konsep yang ingin Allah tunjukkan kepada kita mengenai kejayaan dunia dan akhirat...

"While people sleep, we work. While people work, we work ahead."

Dia tidak akan melupakan kata-kata berkenaan. Kata-kata yang diucapkan oleh salah seorang pensyarahnya. Dan dari situ dia menyedari bahawa kejayaan orang Eropah, Cina dan sebagainya bukanlah disebabkan otak mereka yang cerdik tetapi semuanya adalah kerana sifat rajin dan usaha yang tidak pernah mengenal jemu dan putus asa.Lebih membuatkan dia tertunduk akur tatkala menemui firman Allah dalam surah Al-Israa' yang bermaksud,

'Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam
serta kerjakan sembahyang tahajjud padanya,

sebagai sembahyang tambahan bagimu;

semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu

pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
'


Persoalannya ialah mengapa malam?

Bukankah malam itu bagi orang yang biasa biasa adalah waktu untuk merehatkan diri dan tidur. Tetapi untuk mereka mereka yang ingin mencapai sesuatu yang lebih dari orang kebanyakan, untuk berjaya, mereka perlu mengorbankan masa rehat yang asyik dan enak itu.

Aku sendiri cuba memikirkan keadaan itu. Ya! Jika kita melihat secara
direct, kita sendiri akan dapat melihat waktu malam hari, di sepertiga malam; sesungguhnya dikala itu suasana teramat tenang dan mendamaikan. Seandainya kita mengerjakan solat, pasti kekhusyukkan itu bertambah tambah. Lebih khusyuk dan tenang kita,insya allah lebih banyak pahala yang kita akan dapat.

Dan, jika diibaratkan solat lima waktu itu sebagai suatu 'pekerjaan', bagi orang yang biasa-biasa mereka cuma mendapat yang lima itu sahajalah cukup-cukup sebagai 'pendapatan' mereka seandainya masa masa yang lain diperuntukkan untuk aktiviti-aktiviti yang lain, berehat dan sebagainya. Tetapi seandainya mereka inginkan kejayaan yang lebih, ingin memperolehi 'pendapatan' yang lebih maka mereka perlulah melakukan sesuatu yang lebih dari kebiasaan. Menguruskan masa dengan baik dan menggunakan ruang ruang yang ada untuk melaksanakan 'pekerjaan' itu lebih keras dari yang dilakukan oleh orang yang biasa biasa.

Perlu kita sedar, kenapa ketika orang yang biasa-biasa cuma mengerjakan solat yang fardhu dan kemudiannya berehat dibuai mimpi yang indah tetapi kita pula perlu tambahkan dengan solat sunat?

Sebenarnya itulah jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat. Ganjaran yang tidak hanya diperolehi untuk kehidupan duniawi tetapi juga kehidupan di akhirat.
Insya allah.

Itulah diantara hikmah yang tersurat dan tersirat yang dapat aku fahami dalam konsep tahajjud ini. Kadang kadang aku merasakan bahawa hati kita ini buta dan leka walaupun panduan menuju kejayaan itu sebenarnya sudah di depan mata.

Walau apapun, setiap sesuatu usaha itu tetap perlu diiringi dengan doa selain daripada usaha yang kita lakukan. Kadang kadang di dalam waktu yang tidak disangka ujian dan dugaan diberikan kepada kita. Tetapi percayalah setiap ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita itu sebenarnya adalah di dalam kemampuan kita. Cuma bagaimana cara kita menguruskan sesuatu ujian tu supaya kita nampak dan mendapat hikmah hikmah darinya. Kita perlu cuba membuat yang terbaik untuk setiap minit yang kita miliki. Dan di akhirnya, redho dengan segala ketentuan yang telah ditakdirkan.

Aku percaya, kadang-kadang sesuatu itu memang tidak ditakdirkan untuk kita. Dan, kadang-kadang apa yang tidak kita sukai itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk diri kita.


jadi, adakah kita hendak menjadi orang yang mempunyai "pendapatan" biasa-biasa saja? nak dapat "pendapatan" lebih, kenalah kerja overtime. kita telah dikurniakan banyak nikmat kesenangan oleh-Nya dalam bentuk tenaga, masa, kesihatan dan banyak lagi. oleh itu, dengan kurniaan dan nikmat yang telah Allah berikan, ayuhlah mengejar kejayaan dunia dan akhirat!

dan kami diberi segala sesuatu. Semua ini benar-benar kurniaan yang nyata.’ -Ayat 16 Surah Naml

~ Do what you can with what you have, wherever you are~

semoga pembaca Firqah Syakirin dapat memperoleh banyak manfaat daripada post kali ini.

Sekian, Wassalam.

Tuesday, May 3, 2011

Ummi,mak,mama,mummy,bapak,ayah,abah,daddy


" Assalamualaikum mak, Leman nie"
"Waalaikumussalam Leman, apa mimpi hang telefon pagi-pagi buta nie.Selalu lepas isyak baru hang telefon."
"Mak, elaun buku tak masuk lagi. Leman nak pakai duit sikit nak pi topup handphone.Lepas tue, Leman berkenan nak pi tengok konsert Justin Bibir.Bukannya selalu dia mai Malaysia. Mak bagi sat na duit. Boleh la mak"
"Justin Bibir ja? Konsert Maroon125 tak mau tengok skali? Ok lah,lepas mak tengok Maharaja Lawak mak bank in."

Begitulah situasi rekaan antara ibu dan anak. Demi anak-anak apa sahaja yang diinginkan dituruti oleh ibu dan bapa.

Sahabatku sekalian, betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Usahlah kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita. Ibulah yang telah mengandungkan kita,bukannya sekejap tetapi 9 bulan 10 hari kita di dalam kandungan,dibawa bersama-sama payah jerih ditanggungnya. Okeh, saya estimate berat kita semasa dalam kandungan adalah lebih kurang 3 kg. Bayangkan kita bawa 3 kg gula yang diikat pada perut kehulu-kehilir sehinggakan waktu tidur pun kita membawanya selama 9 bulan 10 hari pula. Sedangkan sehari pon kita tak sanggup , inikan pula 9 bulan 10 hari ditambah pula dengan rasa mual, loya dan muntah-muntah yang ibu alami? Tahukah sahabat, semasa ibu melahirkan kita banyak uratnya yang putus. Kita yang terjatuh semasa acara larian,terseliuh semasa bermain bola pun sudah sakit tidak terperi, inikan pula banyak urat yang putus semasa melahirkan kita. Sakit yang amat sahabat. Semasa kita sudah lahir pula,ketika waktu tidur ibu kita menjaga kita,kalau boleh seekor nyamuk pun tak dibenar gigit kita.Sanggup stay up setiap malam semasa kita sakit . Bagaimana kita nak membalasnya sahabat?

Seorang lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan yang tinggi disebalik pengorbanan seorang ibu.Bapa kita telah membesarkan kita,dia telah bersusah payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai masalah dan cabaran kehidupan. Sanggup jual motor, tahan kelaparan dan bekerja siang malam untuk mencukupi keperluan kita. Kadangkala, bapa sanggup menghadapi pekerjaan yang berbahaya untuk memastikan anak-anak dirumah dapat makan dan mempunyai keperluan seperti yang lain.

Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita.Sebagai anak-anak kita wajib membalas akan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita mampu berjaya dalam kehidupan,walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dari anak-anak mereka.Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu-bapa kita.

Mari kawan-kawan, sama-sama kita doakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita. Mungkin ada sahabat-sahabat yang terlupa doa untuk ibubapa. Mari saya ingatkan kembali. 1,2,3....jom baca sama-sama



Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan
dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...