Dua orang sahabat ini adalah sahabat baik. Tapi mereka berbalah hanya kerana ideologi. Mereka sama muslim. Kenapa mereka sanggup berbalah hanya kerana ideologi. Mereka berbalah kerana sikap fanatik dan taksub kepada pendapat masing-masing.
Masing-masing tidak mempunyai fikiran yang terbuka dan menerima bahawa tiap ideologi yang mereka dukung itu masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Tapi apakah perlu dipertikaikan sampai berbalah dan cuba berlagak MEMILIKI hak menentukan nasib di alam akhirat alam ghaib seseorang.
Jelasnya dua sahabat ini berbalah pasal politik. Sehinggalah seorang sahabat itu mengatakan bahawa kau akan masuk NERAKA kerana menyokong itu ini. Walhal kedua mereka adalah saudara muslim.
Saya berfikir sejenak, saya tidak hairan ketaksuban mereka. Saya hairan bagaimana seseorang itu sanggup menentukan syurga neraka seseorang hanya kerana tidak sependapat atau tidak sememilih pilihan yang sama. Adakah perbendaharaan atau surat dari tuhan yang membolehkan seseorang itu terus menghakimi saudaranya sendiri masuk neraka atau syurga?
Saya teringat kepada satu riwayat di zaman nabi, bahawa ada seorang PELACUR wanita berjalan sehingga ia nampak seekor ANJING yang menunggu di tepi sumur atau telaga. Anjing tersebut kelihatan haus pada pelacur itu. Kemudian dikatakan pelacur itu mencedok air dari sumur itu dengan kasutnya kemudian memberi anjing haus itu minum.
Nabi kita mengata bahawa wanita itu diberi syurga! (ini nabi – ada hak)
Sehubungan itu kita lihat disini bahawa betapa martabat PELACUR dan ANJING itu sendiri siapa pun tahu. Tapi oleh kerana keikhlasan dan kebaikan hidayah yang terdetik dari Allah swt nabi menjamin ia mendapat syurga. Nabi bukan sembarang cakap melainkan adalah wahyu dan ilham dari Allah swt.
Kita lihat di sini bahawa paling utama ialah martabat kebajikan dan keikhlasan itu sendiri. Walau seorang pelacur memberi kepada seekor anjing. Lihat betapa besarnya nilai kebajikan disisi Allah walaupun ia kecil di sisi manusia. Sebab itu mengapa Allah membalas tiap kebajikan itu 10kali ganda dan dosa hanya ditulis 1nilai sahaja. Kerana ALlah itu maha pemurah.
Hatta seorang kafir sekalipun kita tidak tahu dia akhir hayatnya mendapat syurga atau neraka. Mengapa? Seandainya sebelum matinya ALlah swt takdirkan atau turunkan HIDAYAH pada orang kafir tersebut kemudian sebelum mati itu dia menyatakan dan meyakini ‘aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah rasullullah” insyaALLAH ia mendapat syurga. INSYALLAH.
Pointnya, hidayah, SYURGA dan NERAKA itu yang menentukan adalah HAK ALLAH. Hanya secara umum kita mengetahui bahawa siapa yang kafir kepada ALLAH maka mereka lah penghuni neraka dan siapa yang berada pada jalan ALlah insyallah syurgalah baginya.
Jangan kita memandang rendah kepada sesiapapun hatta kepada mereka yang banyak melakukan dosa. Sedangkan kita tidak tahu di sisi ALlah kita macam mana. Terdapat wali ALLAH dahulu pun asalnya adalah banyak melakukan dosa. Tapi akhirnya hidayah ALLAH mengalir ke lubuk sanubari mereka sehingga dijadikan walinya.
Ingatlah sifat ALLAH adalah AR-RAHMAN jika kita bersangka baik kepada sesiapapun tidak lah kita rugi. kerana insyallah ALLAH akan menjaga kita termasuklah dari kejahatan seseorang sekalipun kita selalu bersangka baik pada mereka.
Kita sekarang leka bahawa dalam jiwa kita ada rasa ego. Ego yang kita tidak sedari. Sebab kita lalai dari rasa ALLAH. ALLAH itu lah segalanya. Rasa tidak pernah rugi kerana ada ALLAH sekalipun kita rugi dalam soal harta dsb.
Kita lebih cenderung menyalahkan dan mencari keburukan dan kesalahan orang lain dan sebaliknya.Tapi kalau kita sedar kita pun tidak sempurna jadilah insan yang bersyukur dan selalu memaafkan. Kerana kita banyak melakukan dosa pada ALLAH tapi ALLAH selalu memaafkan kita. Orang kafir kufur kepada ALLAH tapi dengan sifat MAHA pemaaf DIA tidak terus menerus mengazab mereka bahkan dia masih taburkan rahmat dan nikmat. Moga dengan rahmat dan nikmat itu mereka masih mempunyai ruang dan masa untuk kembali kepada ALLAH. Siapa tahu pemerintah di barat yang kafir kepada ALLAH jika ALLAH mengkehendaki hidayah padanya sebelum mati maka syurgalah juga dia dapat.
Soalnya adakah HIDAYAH, SYURGA DAN NERAKA itu hakmu atau HAK ALLAH?
No comments:
Post a Comment