Thursday, June 30, 2011

Ahyuhal-Syabab : Ayah, Ibu, Umi, Abi ......





Assalamualaikum buat semua pembaca setia blog As-Syakirin. Diharapkan agar kita semua sihat-sihat aje. Makin gemuk takpe asalkan x dek penyakit sudahlah. Pada hari Khamis yang lalu (30Jun2011), telah berlangsungnya satu aktiviti bulanan yang melibatkan semua AJK Kelab As-Syakirin. Ianya merupakan aktiviti yang pertama bagi semester baru ini. X kesahla jika kita AJK Kebajikan ke, AJK Informasi ke, semua para ahli kelab dijemput untuk menghadirkan diri ke surau tercinta kita bagi mengimarahkan lagi aktiviti tersebut. Seperti yang kita semua sedia maklum, pihak yang bertanggungjawab bagi meng'organize'kan aktiviti Ahyuhal-Syabab nie adalah Lajnah Akademik dan Tarbiyah.

Tema yang telah dipilih untuk dijadikan sebagai satu aktiviti pada malam tersebut ialah mengenai ibu dan bapa yang kita amat sayangi. Sebelum memulakan aktiviti, kami dipertontonkan dengan sebuah tayangan video yang berkaitan dengan ibu dan bapa. Jika dihayati, kita akan memperolehi banyak mesej dan ia juga menyentuh hati para hadirin. Semua ahli As-Syakirin dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dimana 6 kumpulan muslimat dan 4 kumpulan muslimin. Mereka dikehendaki melukis sebuah poster yang melambangkan isi hati mereka terhadap ibu bapa masing-masing. Aktiviti ini bertujuan untuk menonjolkan kreativiti mereka di samping mengharagai jasa ibu bapa yang telah menjaga kita dari kecil. Ahli kelab diminta untuk membawa peralatan melukis terlebih dahulu dan harus menyiapkan poster itu dalam masa kira-kira tiga puluh minit.

Setelah proses melukis dan mewarna itu selesai, wakil kumpulan diminta untuk tampil ke hadapan bagi membentangkan hasil kreativiti mereka. Jika dilihat, semua poster yang telah dihasilkan mempunyai keindahan dan keunikan yang tersendiri. Setelah selesai semua perbentangan setiap kumpulan, pengacara majlis kita, Yasin dan Ewi telah membuat satu konklusi mengenai tema tersebut. Amatlah penting bagi kita untuk menyayangi dan menghormati ibu bapa kita. X kesahlah kalau Mok, Ayoh ke, Mama, Papa ke, Umi, Abi ke, mereka semua berhak mendapat kebahagiaan dan kita harus membalas jasa mereka. Haruslah diigat bahawa, jika mereka sudah tiada, kita jangan menyesal di kemudian hari.

Setakat ini sajelah perkongsian pdan pengisian pada hari ini buat anda semua, pembaca setia kami. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat dijalankan lagi dengan elemen-elemen yang lebih hebat dan menarik pada masa yang akan datang. Wassalam.

Wednesday, June 29, 2011

istiqamah

Assalammualaikum w.b.t buat semua pembaca blog Firqah Syakirin. mcmana dengan result exam hari tu? tahniah buat semua..ucapkan Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk meneruskan pengajian. ramai kawan-kawan di luar sana yang tidak mendapat peluang pendidikan seperti ini tau. kepada yang frust tu, takpe kita boleh tingkatkan lagi usaha.

bercakap tentang meningkatkan usaha ni, mesti ramai yang dah buat azam baru untuk semester baru kan. penulis blog Firqah Syakirin pun sama jugak. hehehe. azam tak nak jadi malas, nak jimat berbelanja, nak tingkatkan amalan-amalan sunat.. macam2 lah. tapi semua azam ni takkan tercapai kalau tak ada istiqamah. ape istiqamah tu?

Istiqamah maksudnya ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara bersederhana namun berterusan. dengan kata lain, kita konsisten dalam melakukan sesuatu amalan tu. tapi yang susahnya bila nak istiqamah ni, tak lain tak bukan adalah bisikan syaitan. bila kita bertekad nak rajin buat tutorial malam ni, tiba2 nafsu malas kita datang..tak jadi buat tutorial, tapi tengok Nora Elena online pulak..

tak mudah melawan hawa nafsu ni, lagi-lagi kita sebagai pelajar dan selaku remaja, susah bagi kita untuk melawan kehendak dan hasutan iblis. sebab itulah berjuang melawan hawa nafsu juga dikatakan sebagai satu jihad.

oleh itu, kita kenalah bertekad untuk melawan nafsu-nafsu yang tak bertempat ni, istiqamah melakukan kebaikan. contohnya istiqamah untuk tidak menangguh kerja. lama-kelamaan mesti usaha kita untuk menjadi lebih rajin akan tercapai kan?

kat bawah ni ada tips untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan;
1. memperbaiki hati (ikhlas kerana Allah)
2.berdoa kepada Allah.
3.tidak panjang angan-angan
4. mempelajari dan mengetahui keutamaan istiqamah dalam diri dan teguh ketika berada di jalan Allah.
5. memperhatikan dan menghayati isi-isi yang terkandung dalam Al-Quran.
6.merenungi akibat buruk sekiranya melakukan dosa.
7.membiasakan diri mengerjakan amalan kebaikan dan mengamalkan perintah Allah.
8.memilih teman yang baik supaya dapat membantu berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.
9.berhati2 dgn perkata yang mengundang fitnah kesesatan dan kebatilan.
10.membaca sejarah perjalanan hidup Nabi dan generasi selepasnya yang berdakwah menyebarkan agama Allah.


semoga post kali ini dapat memberikan manfaat buat semua.. penulis blog FS jugak bukanlah sempurna, tapi tanggungjawab kita sebagai saudara se-Islam untuk nasihat-menasihati... kalau tunggu diri kita perfect baru boleh nasihat, sampai bila2 pun perkara baik takkan tersebar..

yg baik dtg dari Allah, dan segala yg kurang dari penulis.

Wassalam.

p/s: dah berselawat hari ni? :)


Thursday, June 23, 2011

Kesempurnaan : Jangan terlalu berharap akannya!





Assalamualaikum buat semua pembaca setia blog As-Syakirin. Semoga semua pelajar kt mktb nie, baik2 aje. Bukan ape, takut ade yang masih 'homesick' lagi. Di sini, Firqah Syakirin ingin berkongsi sedikit pengisian mengenai kesempurnaan. Sudah menjadi lumrah alam apabila manusia akan mencari atau mendapatkan barang yang sempurna. Ini kerana keinginan untuk memiliki sesuatu yang 'perfect' akan menyelubungi setiap insan yang ade di muka bumi ini. Jadi, Firqah Syakirin ingin mengajak anda semua untuk menghayati situasi dibawah ini :

Situasi 1 :

Diana : Eh, saya sayang kat Mikail tapi die tue x macam watak Ustaz Amirulla......kira mcm x perfectla kalu nak dipendekkan cerita.

Zaara : Ish, awak nie. Bersyukurlah sikit dapat Mikail tue. Baik, berkerjaya, beragama.......janganlah nak mengejar kesempurnaan sgt sbb semua manusia yang ade kat muke bumi nie, x perfect....

Diana : Tue saye tahulah...tapi saye nak die berperangai mcm Ustaz Amirul tue....sejuk hati saye.....

Zaara : Mcm niela...saye ade dengar satu 'quote' yang menarik untuk awk...' Jangan pernah mengharapkan pasangan hidup anda seperti Saidina Ali jika anda tidak semula Fatimah Az-Zahra......

Diana : Dahla...malas nak ckp lagi...


Perkara diatas byk berlaku dlm kalangan msyrkt kita......kita terlalu mengejar kesempurnaan walhal kita tahu yg x dek satu org pon yang memiliki sifat yang sempurna. Oleh sebab itu, kita manusia saling melengkapi antara satu sama lain. Sama juga dengan konsep-konsep yang lain. Jika kita makan, kita akan berusaha untuk mencari makanan yang mahal2 dan lazat padahal nasi kat umah tue pon berkhasiat dan mengenyangkan....

Mutiara-mutiara kata di bawah mungkin boleh dijadikan sebagai renungan bersama buat pelajar IPtek. Mungkin anda pernah membaca mengenainya sebelum ini, namun kita boleh menjadikannya sebagai peringatan buat kali kedua. Janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan...



Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL...


Wassalam........

Friday, June 10, 2011

.:dOktor MaSuk IsLam:.


"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut,sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi .Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" . Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalamAl-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a. Apabila ditanya bagaimana dia tertarikuntuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapatiBahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyangwaktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerimadarah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusiaini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya
memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

Rahsia Surah Yasin ayat ke-58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut ‘SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’ diulang sebanyak 7 kali… untuk7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yangberiman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku…..

Jijiknya air tangan orang yang tidak solat

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S

Begini kisahnya… pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah
berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar),
“kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak
dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil
dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia
dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi
Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah
buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa,
brgsiapa bernazar, walaupun haram,tetap kena laksanakan nazar tu..lalu,
si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn
Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..lalu,
Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing
hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr
bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu,
lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi
Musa tadi…

Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air
yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air
tangan ni, selalu kita suka makan . Jadi, kepada
muslimat sekalian, peliharalah solat, sbb kalau meninggalkan solat
(kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan,
nasi, dsb..adikberadik, mak ayah pula yg akan makan makanan yg dimasak.
Takkan nak biarkan mereka gelap hati minum air tangan org
tinggalkan solat..tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni..
pagi petang..

mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang
masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia…gelap lah
hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita
makan… betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat
kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain
memadai diutus melalui Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali
(&utk umat Islam) , “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum.”
maknanya,”Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg
lemah di bawah tanggunganmu.

” jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya,
kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan
kelak..

Apa hak anda untuk tentukan surga atau neraka



Tergerak untuk kalbu ini berkongsi buah pemikiran setelah saya melihat di mana terdapat 2 org sahabat sedang berbalah antara satu sama lain.

Dua orang sahabat ini adalah sahabat baik. Tapi mereka berbalah hanya kerana ideologi. Mereka sama muslim. Kenapa mereka sanggup berbalah hanya kerana ideologi. Mereka berbalah kerana sikap fanatik dan taksub kepada pendapat masing-masing.

Masing-masing tidak mempunyai fikiran yang terbuka dan menerima bahawa tiap ideologi yang mereka dukung itu masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Tapi apakah perlu dipertikaikan sampai berbalah dan cuba berlagak MEMILIKI hak menentukan nasib di alam akhirat alam ghaib seseorang.

Jelasnya dua sahabat ini berbalah pasal politik. Sehinggalah seorang sahabat itu mengatakan bahawa kau akan masuk NERAKA kerana menyokong itu ini. Walhal kedua mereka adalah saudara muslim.

Saya berfikir sejenak, saya tidak hairan ketaksuban mereka. Saya hairan bagaimana seseorang itu sanggup menentukan syurga neraka seseorang hanya kerana tidak sependapat atau tidak sememilih pilihan yang sama. Adakah perbendaharaan atau surat dari tuhan yang membolehkan seseorang itu terus menghakimi saudaranya sendiri masuk neraka atau syurga?

Saya teringat kepada satu riwayat di zaman nabi, bahawa ada seorang PELACUR wanita berjalan sehingga ia nampak seekor ANJING yang menunggu di tepi sumur atau telaga. Anjing tersebut kelihatan haus pada pelacur itu. Kemudian dikatakan pelacur itu mencedok air dari sumur itu dengan kasutnya kemudian memberi anjing haus itu minum.

Nabi kita mengata bahawa wanita itu diberi syurga! (ini nabi – ada hak)

Sehubungan itu kita lihat disini bahawa betapa martabat PELACUR dan ANJING itu sendiri siapa pun tahu. Tapi oleh kerana keikhlasan dan kebaikan hidayah yang terdetik dari Allah swt nabi menjamin ia mendapat syurga. Nabi bukan sembarang cakap melainkan adalah wahyu dan ilham dari Allah swt.

Kita lihat di sini bahawa paling utama ialah martabat kebajikan dan keikhlasan itu sendiri. Walau seorang pelacur memberi kepada seekor anjing. Lihat betapa besarnya nilai kebajikan disisi Allah walaupun ia kecil di sisi manusia. Sebab itu mengapa Allah membalas tiap kebajikan itu 10kali ganda dan dosa hanya ditulis 1nilai sahaja. Kerana ALlah itu maha pemurah.

Hatta seorang kafir sekalipun kita tidak tahu dia akhir hayatnya mendapat syurga atau neraka. Mengapa? Seandainya sebelum matinya ALlah swt takdirkan atau turunkan HIDAYAH pada orang kafir tersebut kemudian sebelum mati itu dia menyatakan dan meyakini ‘aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah rasullullah” insyaALLAH ia mendapat syurga. INSYALLAH.

Pointnya, hidayah, SYURGA dan NERAKA itu yang menentukan adalah HAK ALLAH. Hanya secara umum kita mengetahui bahawa siapa yang kafir kepada ALLAH maka mereka lah penghuni neraka dan siapa yang berada pada jalan ALlah insyallah syurgalah baginya.

Jangan kita memandang rendah kepada sesiapapun hatta kepada mereka yang banyak melakukan dosa. Sedangkan kita tidak tahu di sisi ALlah kita macam mana. Terdapat wali ALLAH dahulu pun asalnya adalah banyak melakukan dosa. Tapi akhirnya hidayah ALLAH mengalir ke lubuk sanubari mereka sehingga dijadikan walinya.

Ingatlah sifat ALLAH adalah AR-RAHMAN jika kita bersangka baik kepada sesiapapun tidak lah kita rugi. kerana insyallah ALLAH akan menjaga kita termasuklah dari kejahatan seseorang sekalipun kita selalu bersangka baik pada mereka.

Kita sekarang leka bahawa dalam jiwa kita ada rasa ego. Ego yang kita tidak sedari. Sebab kita lalai dari rasa ALLAH. ALLAH itu lah segalanya. Rasa tidak pernah rugi kerana ada ALLAH sekalipun kita rugi dalam soal harta dsb.

Kita lebih cenderung menyalahkan dan mencari keburukan dan kesalahan orang lain dan sebaliknya.Tapi kalau kita sedar kita pun tidak sempurna jadilah insan yang bersyukur dan selalu memaafkan. Kerana kita banyak melakukan dosa pada ALLAH tapi ALLAH selalu memaafkan kita. Orang kafir kufur kepada ALLAH tapi dengan sifat MAHA pemaaf DIA tidak terus menerus mengazab mereka bahkan dia masih taburkan rahmat dan nikmat. Moga dengan rahmat dan nikmat itu mereka masih mempunyai ruang dan masa untuk kembali kepada ALLAH. Siapa tahu pemerintah di barat yang kafir kepada ALLAH jika ALLAH mengkehendaki hidayah padanya sebelum mati maka syurgalah juga dia dapat.

Soalnya adakah HIDAYAH, SYURGA DAN NERAKA itu hakmu atau HAK ALLAH?

EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA…

Mashaallah..Nauzubillah min zalik…!

Pertama:- ‘Ayahnya’ – Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- ‘Suaminya’ – Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- ‘Abang-abangnya’ – Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-’ Anak Lelakinya’ – Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

” Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

32 ciri-ciri muslimah sopan dan berakhlak sempurna


  1. Solat tepat waktu
  2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
  5. Bercakap dengan rendah suara.
  6. Lembut dan halus tingkahlakunya.
  7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  9. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
  10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
  11. Pandai mengambil hati orang tua.
  12. Menghormati dan taat ibubapa.
  13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
  14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  16. Rambut tak diwarnakan.
  17. Banyak dan murah dengan senyuman.
  18. Banyak mendengar dari bercakap.
  19. Senyuman adalah ketawanya.
  20. Tidak ketawa terbahak-bahak.
  21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.

Kisah Nabi dan Pengemis


Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas daripada hasad dengkin, iri hati dan cercaan dari orang lain. Kadangkala hati yang lalai ini pasti merasa marah dan berdendam dengan mereka. Sebelum kita meneruskan marah kita, mari kita renungi bagaimana sifat nabi dengan pengemis Yahudi ang selalu menfitnahnya...bagaimana? Mahu berdendam lagi? Mari sama- sama renungkan...

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiapharinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, “Wahaisaudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka

kalian akan dipengaruhinya”.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan

membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RAberkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan

merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,

“Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”. Aisyah RA menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja”.

Apakah Itu?”, tanya Abubakar RA.

“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi kehujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di

sana”, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, “Siapakah kamu ?”.

Abubakar RA menjawab, “Aku orang yang biasa.”

“Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, bantah si

pengemis buta itu.

“Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak

susah mulut ini mengunyah.

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebihdahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku”,

pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil

berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW”.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan

Abubakar RA, dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?

Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah

memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia….

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA.

Saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq

Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya berniat untuk meneladani beliau?

Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidakbisa kita meneladani beliau seratus peratus, alangkah baiknya kita

berusaha meneladanisedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Saturday, June 4, 2011

Hukum Solat Berjemaah:Lelaki

Sumber artikel dari http://amanah2u.com/?p=597

Ramai orang yang meremehkan solat berjamaah. Yang dijadikan alasan mereka adalah sikap tak acuh sebagian ulama terhadap masalah ini. Setiap muslim tidak dibenarkan meremehkan masalah yang dianggap penting oleh Allah (dalam Kitab suciNya) dan RasulNya.Allah telah banyak menyebut kata “solat” dalam Al Qur’anul Karim. Ini menandakan begitu penting perkara ini. Allah telah memerintahkan kita untuk memelihara dan melaksanakan solat dengan berjamaah. Allah juga mengatakan bahwa meremehkan dan malas mengerjakan solat berjamaah termasuk sifat orang munafik.dalam salah satu firmanNya :

Artinya : “ Peliharalah segala solat(mu), dan (peliharalah) solat wusthaa. Berdirilah untuk Allah(dalam solatmu) dengan khusyu’.” ( Al Baqarah : 238)

Bagaimana seorang muslim dapat dikatakan orang yang memelihara dan mengagungkan solat, bila ia tidak melakukan ( bahkan meremehkan)shalat berjamaah bersama rakan-rakannya. Allah berfirman:

Artinya : “ Dirikanlah solat, tunaikan zakat dan ruku’lah beserta orang-orang yang ruku’( Al Baqarah : 43)

Ayat yang mulia ini merupakan nas tentang kewajiban solat berjamaah. Pada awal ayat tersebut Allah sudah memerintahkan kita untuk mendirikan solat, ini berarti kita diperintahkan Allah untuk memelihara shalat berjamaah, bukan sekedar mengerjakan saja. Dalam surat An Nisaa’, Allah berfirman yang artinya:
h
”Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka( shahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri ( solat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka ( yang solat besertamu ) sujud ( telah menyempurnakan serakaat ), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu ( untuk menghadapi musuh ) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat , lalu bersolatlah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap sedia dan menyandang senjata …” ( An Nisaa’ : 102)
Pada ayat di atas Allah mewajibkan kaum muslimin untuk mengerjakan solat berjamaah dalam keadaan perang. Bagaimana bila kita dalam keadaan aman?! Jika seorang muslim diperbolehkan meninggalkan solat berjamaah (oleh Allah ), tentu kaum muslimin lain yang tengah berbaris menghadapi serangan musuh dan yang paling terancam dibolehkan meninggalkan solat berjamaah. Tetapi di dalam ayat di atas perintah Allah tidaklah demikian. Dari sini kita dapat mengetahui bahwa solat berjamaah merupakan kewajiban utama. Oleh karenanya tidak dibenarkan seorang muslim meninggalkan kewajiban tersebut. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi telah bersabda :

Artinya : “ Aku berniat memerintahkan kaum muslimin untuk mendirikan solat. Maka aku perintahkan seseorang untuk menjadi imam dan solat bersama manusia. Kemudian aku berangkat dengan kaum muslimin yang membawa seikat kayu bakar menuju orang-orang yang tidak mau ikut solat berjamaah, dan aku bakar rumah-rumah mereka.(HR. Bukhari Muslim)

Abdullah bin Mas’ud Ra berkata : “ Engkau telah melihat kami, tidaklah seseorang yang meninggalkan solat berjamaah, kecuali ia seorang munafik yang diketahui nifaknya, atau seseorang yang sakit, bahkan seorang yang sakit pun berjalan(dengan dipapah) antara dua orang untuk mendatangi solat(solat berjamaah di masjid ).” Abdullah bin Mas’ud lalu menegaskan, “ Rasulullah mengajarkan kita jalan-jalan hidayah, dan salah satu jalan hidayah itu adalah solat di masjid(solat yang dikerjakan di masjid ).”( shahih muslim)

Abdullah bin Mas’ud Ra berkata : “ Barang siapa ingin bertemu Allah di hari akhir nanti dalam keadaan muslim, maka hendaklah memelihara semua solat yang diserukanNya. Allah telah menetapkan kepada Nabi kalian jalan-jalan hidayah dan solat itu termasuk jalan hidayah. Kalau kamu solat di rumah berarti kalian telah meninggalkan jalan nabi kamu. Jika kalian meninggalkan jalan nabi kamu, maka pasti kamu akan sesat. Seorang lelaki yang bersuci dengan baik, kemudian menuju ke masjid, maka Allah menulis setiap langkahnya satu kebaikan, mengangkatnya satu darjat, dan menghapus satu kejahatannya. Engkau telah melihat di kalangan kami, tidak pernah ada yang meninggalkan solat ( berjamaah ). kecuali orang munafik yang sudah nyata dan jelas nifaknya. Perlu diketahui pernah ada seorang lelaki hadir dengan dituntun antara dua orang untuk didirikan di shaf.”

Dari Abu Hurairah Ra dikisahkan bahwa pernah ada seorang lelaki buta bertanya kepada Rasulullah, “ Wahai Rasul Allah, aku tidak punya penuntun yang menggandengku ke masjid. Apakah aku mendapatkan kemurahan( dispensasi ) untuk solat di rumah saja?” Rasulullah bertanya kepadanya : “ Apakah kamu mendengarkan azan (seruan ) untuk solat?” “ya” jawab lelaki buta itu. Rasulullah lalu berkata dengan tegas, “ kalau begitu datangilah masjid untuk solat berjamaah !”

Hadis yang menunjukkan wajibnya solat berjamaah dan kewajiban melaksanakannya di rumah Allah sangat banyak.oleh karena itu setiap muslim wajib memperhatikan dan bersegera melaksanakannya. Juga wajib untuk memberitahukan hal ini kepada anak-anaknya, keluarga, tetangga, dan seluruh teman-teman seakidah agar mereka mengerjakan perintah Allah dan perintah Rasul Nya agar mereka takut terhadap larangan Allah dan Rasul-Nya, dan agar mereka menjauhkan diri dari sifat-sifat orang munafik yang tercela, di antaranya sifat malas mengerjakan solat. Allah telah berfirman yang artinya :

“ sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah , dan Allah akan membalas tipuan mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, mereka bermaksud untuk riya’( dengan solat ) di hadapan manusia, dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali . mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian ( iman atau kafir ). Tidak masuk dalam galongan ini (orang-orang yang beriman ) dan tidak ( pula ) kepada golongan itu ( orang-orang kafir ). Barang siapa yang disesatkan Allah, maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan ( untuk memberi petunjuk) baginya.” ( An Nisaa’ : 142-143)

Meninggalkan solat berjamaah merupakan salah satu penyebab untuk meninggalkan solat sama sekali. Dan perlu diketahui bahwa meninggalkan solat adalah kekafiran dan keluar dari Islam. Ini berdasarkan sabda Nabi :

Artinya : “ batas antara seseorang dengan kekafiran dan kemusyrikan adalah meninggalkan solat.” ( HR. Muslim) Rasulullah ? bersabda :

Artinya : “ janji yang membatasi antara kita dan orang-orang kafir adalah solat. Barang siapa meninggalkannya maka ia kafir.”

Setiap muslim wajib memelihara solat pada waktunya, mengerjakan solat sesuai dengan yang disyariatkan Allah, dan mengerjakannya secara berjamaah di rumah-rumah Allah. Seorang muslim wajib taat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta takut akan murka dan siksa-Nya. Apabila kebenaran telah tampak dan dalil-dalilnyapun jelas, maka siapapun tidak dibenarkan menyeleweng serta mengingkari dengan alasan menurut perkataan si fulan ini atau si fulan itu, karena Allah telah berfirman :

Artinya : “ jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah ( Al Qur’an ) dan Rasul ( sunnahnya ), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama(bagimu ) dan lebih baik akibatnya.” ( An Nisaa’: 59)

“ … maka hendaklah orang-orang yang menyalahi kehendaknya (Rasul ) takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa adzab yang pedih.” (An- Nuur : 63)

Tidak diragukan lagi,solat berjamaah mempunyai beberapa hikmah serta kemaslahatan. Hikmah yang paling tampak adalah akan timbul di antara sesama muslim saling mengenal dan saling membantu untuk kebaikan, ketaqwaan, dan saling berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran. Hikmah lainnya adalah untuk memberi dorongan kepada orang yang meninggalkannya, dan memberi pengajaran kepada orang yang tidak tahu. Juga untuk menumbuhkan rasa tidak suka / membenci kemunafikan, untuk memperlihatkan syiar-syiar Allah di tengah-tengah hamba-hamba-Nya, dan sebagai dakwah lewat kata-kata serta perbuatan.Semoga Allah melimpahkan taufiq-Nya kepada anda sekalian untuk mencapai ridha-nya serta perbaikan masalah dunia dan akhirat. Kami juga memohon perlindungan dari kejahatan-kejahatan diri serta amalan-amalan kami dan dari sifat-sifat yang menyerupai orang-orang kafir dan munafik. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mulia.

Jangan menipu Allah dengan tudung


Gambar sekadar hiasan

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ara Arab padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat. Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.

Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak. Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?"

Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."

Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"

Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."

Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Nota: Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata...