Assalamualaikum buat pembaca setia blog As-Syakirin. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih berpeluang untuk bersama-sama lagi dalam menghayati keindahan Islam dan terus berusaha dalam mencari keredhaan Allah S.W.T. Meskipun kita berdepan dengan pelbagai dugaan, kta tetap tabah dek kerana nur yang dikurniakan olehNya.
Pada khamis, 21 Julai 2011, di Surau As-Syakirin, telah berlangsungnya satu ceramah perdana yang berfokuskan mengenai bulan yang penuh barakah iaitu Ramadhan. Tak lama lagi kita semua akan menjalani ibadah puasa dan oleh itu, kita seharusnya mendalami mengenai ibadah-ibadah yang harus kita lakukan. Ceramah itu disampaikan oleh Ustaz Jowel Nooh selepas selesai solat maghrib secara berjemaah. Di sini, Firqah Syakirin ingin berkongsilah sedikit sebanyak mengenai input yang telah disampaikan oleh ustaz tersebut.
Adakah ketaqwaan kita ini meningkat daripada tahun yang sebelumnya? Justeru, kita haruslah 'reflect' diri kita sendiri. Tiada siapa yang boleh menilai iman seseorang itu melainkan hanya Allah S.W.T dan diri kita sendiri sahaja yang tahu akan tahap keimanan kita. Ustaz Jowel juga ada menekankan mengenai konsep taqwa yang sebenar mengikut pandangan Saidina Ali r.a. Taqwa itu didefinisikan sebagai takut akan Allah yakni pencipta seluruh semesta. Sebagai muslim yang sejati, kita seharusnya berusaha untuk meningkatkan lagi tahap keimanan kita dengan menghadirkan Allah dalam diri kita. Justeru, kita boleh memperbanyakkan lagi aktiviti2 ibadah di bulan Ramadhan. Kita seharusnya beramal dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran kerana itulah sumber yang penuh dengan khazanah ilmu.
Apabila kita berbicara mengenai Al-Quran,cuba kita berfikir sejenak. Berapa banyak masa yang kita peruntukkan untuk membaca Al-Quran? Muslim seharusnya melazimkan Al-Quran dalam kehidupan. Mungkin kita boleh jadikan ini sebagai hobi, dimana setiap hari, kita mengambil sedikit masa untuk membacanya. Insyaallah,syafaat akan menanti kita di akhirat kelak. Ustaz Jowel juga berpesan agar kita janganlah menjadi terlalu lemah di bulan puasa dengan tido semata-mata. Dengan memperbanyakkan zikrullah, kita juga akan berasa tenang dan ini secara tidak langsung akan mampu memantapkan iman kita.
Ustaz juga membuat kesimpulan mengenai kebangkitan hari kiamat. Menurut beliau, kita tidak memerlukan wajah yang cantik mahupun harta yang banyak untuk menjadi ahli surga sebaliknya dengan memiliki hati yang tulus untuk mengabdikan diri kepada Allah, kita mampu menuju ke arah itu. Muslim juga seharusnya redha akan Allah S.W.T. Apa sahaja yang diaturkan untuk kita, itu adalah yang terbaik kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Ustaz Jowel berpesan agar kita semua berbakti kepada ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk kita semenjak kecil lagi. Semoga kita semua mampu berubah ke arah yang lebih baik dengan bantuan dariNya. Apa yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk juga datang dariNya, namun atas dasar kelemahan Firqah Syakirin sendiri. Sehingga bertemu lagi kerana banyak lagi isu-isu menarik yang akan dikongsikan bersama anda. Wassalam.
No comments:
Post a Comment