Friday, July 8, 2011

Jom Pegi Surau......






Alhamdullilah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah kita bersama- sama lagi pada hari ini. Tenang sungguh cuaca pada hari ini. Sedap betul kalau nak tido tapi sebelum tue, mari kita renung-renungkan satu lagi topik yang agak menarik untuk dikongsi bersama-sama. Pada hari esok, akan diadakan satu program 'Bersih' yang akan berlangsung dekat dgn Sogo. Firqah Syakirin tahu ramai yang 'frust' sebab x dapat keluar esok. Kebetulan pulak elaun buku dah pun masuk. Jgn risau kerana banyak kedai-kedai buku yang berhampiran dengan bandar tun razak. Kita pergi yang dekat-dekat sudah. Jimat kos dan kite pon x kan terlibat sekali dengan program 'Bersih' tue. Sebelum Firqah Syakirin membawa anda jauh untuk tajuk pada hari ini, disini terdapat satu pemberitahuan mengenai aktiviti Kelab As-Syakirin.Pada 8 dan 9 Julai akan berlangsungnya kem KPTI yang melibatkan pelajar 1PPISMP di surau tercinta kita. Semoga segala urusan para ahli dan juga pelajar-pelajar baru akan berjalan lancar dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Tadi Firqah ada sebut nama surau,kn?? Jadi, Firqah nak cerita sikit pasal surau. Biasanya kalau ada makan-makan, kita baru sibuk nak ke surau. Namun, Alhamdullilah kerana kita masih mepunyai golongan yang ke surau kerana memang niat diorang nak beribadah kat suraulah. Sememangnya Islam itu mudah dan 'simple'. Kita pon mudahkanlah diri kita untuk mengimarahkan lagi surau kita yang agak lengang kalau hari-hari biasa. Memang x dek paksaan untuk kita ke surau tapi jgnlah pulak kita menjadikan itu sebagai satu alasan. Baik lelaki mahupun perempuan, kita semua merupakan hamba Allah yang amat dikasihiNya. Tunjukkanlah rasa bersyukur kita dengan apa yang dikurniakan olehNya dengan menghadirkan diri ke rumah Allah S.W.T.

Ade jenis orang pulak nie, mereka suka pegi surau tapi adelah sedikit karenah ataupun kita panggil perangai mase nak solat tue. Semua orang berebut nak duduk saf belakang padahal yang depan tue lopong sane, lopong sini. Alasan die, 'Ala malula, akak tue senior, garang lagi,'. Payah jugak tue. Kita ambik fahaman yang mudah kali nie. Semua orang same je disisi Allah. Baik yang muda, tua, berpangkat mahupun yang kaya-raya. Apa salahnya kita solat sebelah orang yang kita x berapa nak baik. Mungkin dengan cara tue, kita boleh membina satu lagi persahabatan baru. Lagi ramai kawan, lagi bagus. Kita cuba tambah bilangan kawan kat surau. Nie x, kita sibuk nak tambah bilangan 'friends' kat Facebook. Ada pulak yang bertanding, sape lagi ramai kawan kat FB, die memang 'Hot'.

'Stage' yang ketiga plak, dah elok-elok pegi surau, dah baik ngan orang kat surau, ade pulak jenis yang suka betul duk borak-borak dalam surau. Nak borak, boleh tapi boraklah nanti-nanti. Kalau kita bincangkan soal agama ke,baguslah. Nie x, cerita pasal gosip dalam maktab mahupun artis-artis luar. Apa salahnya kita ambik mase yang ade tue, baca Al-Quran ke, solat sunat ke...tue lagi bagus. Seperti yang saya kata tadi, berborak x salah tapi biarlah yang berfaedah. Cerita pasal tudung Arianila, Syriala, Tupperwarela, tuekan boleh cerita lepas balik surau. Gelojoh. Tapi fenomena nie biase berlaku sebab bila dah jumpe 'geng', mulut nie x menyempat2 nak bercakap. Namun, kita 'still' boleh baiki diri. Kalau yang jenis suke sangat bercakap tue, kite tanya khabar sudahlah kat kawan kita. Nanti keluar sesama, pegi pekena tek tarik ngan mee goreng, ha pastu ceritalah sampai esok. Janganlah x pegi kuliah plak. Kang payah plak nak mintak pengecualian kuliah.

Semoga apa yang disampaikan ini mampu membuka minda kita untuk berubah ke arah yang lebih baik. Semua contoh yang Firqah sampaikan tadi tidak ade kena mengena dengan sesiapa pon. Jika kita ade perangai seperti diatas, berubahlah dengan sikit-sikit dulu. Bak kata pepatah, "sikit-sikit lame-lame jadi bukit" Janganlah terus berubah secara drastik, nanti kang orang tengok 'apehal pulak mamat nie'. Yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk juga datang daripadaNya namun atas dasar kelemahan diri Firqah Syakirin sendiri. Same-samelah kita berubah kearah kebaikan,k. Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment