Tuesday, July 12, 2011

nak sihat?

Assalammualaikum pembaca blog Firqah Syakirin sekalian.. apa khabar? harap semua sihat.. yela, sejak dua menjak ni cuaca terik, ramai yg sakit tekak la, demam la..macam2. sebagai seorang bakal pendidik, kesihatan itu adalah sangat bererti buat kita. yelah, klu cikgu sakit, macamana nak mengajar murid-murid tiap hari kan? oleh kerana itu, kita hendaklah sedar dari awal dan menjaga kesihatan ketika masih muda.

macamana nak jaga kesihatan dengan mudah? Alhamdulillah, Allah telah mendatangkan kepada kita Rasulullah SAW yang menjadi suri teladan buat seluruh umat. pelbagai petua kesihatan Rasulullah yang boleh dijadikan panduan. insyAllah, kita akan cuba hayati kisah pendek di bawah ni;

Seorang tabib dihantar oleh Penguasa Mesir ke Madinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada seorang pun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan sebarang perkhidmatan dan pertolongan kepada penduduk Madinah seperti yang di arahkan oleh Tuannya.

Dengan keraguan yang menyelimuti hati dan fikirannya, Tabib itu pergi berjumpa Nabi Muhammad SAW untuk mendapatkan kepastian yang jelas. Dia bertanya Nabi Muhammad SAW, “Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?” “Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib.” Jawab Nabi Muhammad SAW dengan tegas.

Tabib bertanya lagi, “Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya ?” Nabi SAW menjelaskan “Sebab penduduk Madinah tidak ada seorang pun yang sakit.” Tabib itu kurang mempercayai Nabi SAW dan berkata, “Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit.”

Melihat keraguan tabib itu, Nabi SAW mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Madinah Al-Munawarah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya. Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Madinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorang pun daripada yang bayi sehinggalag orang tua. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi Muhammad SAW itu.

Didorong oleh perasaan ingin tahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi SAW. lalu berkata, “Benar seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Madinah sihat-sihat belaka?”

Nabi Muhammad SAW menerangkan, “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang. Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk terus hidup kerana ingin bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu.”


lihat, pemakanan adalah sangat penting dalam penjagaan kesihatan. sebab itulah kita selalu dengar orang cakap "you are what you eat". sebagai orang Islam, kita hendaklah mengamalkan sikap bersederhana dalam semua perkara. termasuklah dalam pemakanan.

sebagai remaja yg masih muda, jauhilah makanan segera (fast food), makanan yang tinggi kandungan lemaknya, kandungan gula yang tinggi dan macam-macam lagi. mungkin kita tak nampak kesannya sekarang, tapi kesan jangka panjang... Allah je yang tau.

kat bawah ni ade extra info tentang kesihatan dari Imam Shafie;

Empat Pesan Imam Syafie untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


sekian, semoga mendapat manfaat.

p/s: dah berselawat hari ni?

No comments:

Post a Comment