Menjadi seorang manusia, memang dalam dunia kita tidak dapat lari dari persoalan MEMILIH. Pernah tidak, kamu berhadapan dengan suatu situasi sukar yang menuntut bukan saja akal, malah iman. Kadang-kala, pilihan yang ingin dibuat terasa sukar, kerana ada 'bisikan-bisikan' yang sama ada baik mahupun buruk dari manusia, syaitan, fitrah (nafsu, boleh jadi), iman dan akal. Lima perkara ini sering saja bertelagah dalam menjadi rujukan untuk suatu pemilihan.
Untuk mengelakkan kekaburan idea, penulis beri contoh: ikhtilat (revisi usrah lepas). Dalam kelas, kamu diminta untuk duduk secara berpasangan bagi melakukan pembentangan. Kebetulan, hanya kamu dan seorang lagi yang berlawanan jantina dengan kamu yang belum ada 'pair'. Maka, kamu mahu tidak mahu terpaksa akur. Dalam akur itu, timbullah pertelagahan lima perkara tadi:
a. "Alah, niatkan kerana Allah SWT. Mesti tidak apa-apa..."
b. "Tapi, bagaimana jika zina mata berlaku? Kamu mana boleh percayakan diri kamu seratus-peratus. Better change your partner, kurangkan risiko."
c. "Rasionalnya, bagitahu pensyarah untuk menukarkan kamu dengan orang lain. Kan habis cerita."
d. "Tapi kalau kamu minta begitu, mesti pasangan kamu kecil hati, kan? Pensyarah mesti nampak kamu ni pelajar yang sangat melechkan. Stay jerlah."
e. "Kau ini, lapuk betul. Biasalah zaman sekarang, mesti bercampur gaul. Mana boleh duduk bawah takuk lama jer!"
Penulis tidak pasti jika para pembaca budiman mengalami situasi 'hostile' seperti ini, tapi penulis secar aperibadinya kadang-kadang saja merasakan konflik hebat sebegini. Bilamana akal, manusia, syaitan, fitrah (nafsu, boleh jadi) dan iman bergaduh: apa perlu kita lakukan. Nasihat penulis:
1. Gunakan tiga soalan untuk memastikan keputusan wajar. Tanya: "Adakah ianya baik?", "Adakah ianya perlu?" dan "Adakah ianya betul?". Bila suatu perkara melepasi segala soalan ini, maka teruskan. Contoh, istuasi ikhtilat di atas. Tanyalah "Adakah perkara ini perlu, baik natijahnya dan benar pula caranya?" Hah, dapatlah.
2. Dahulukanlah iman melebihi segalanya. Macam mana nak tahu mana satu bisikan iman, mana satu bisikan syaitan dan lain-lain? Mudah. Rujuk Al-Qur'an, hadith dan kitab-kitab agama. Bila mana ianya sejalan dengan syara', maka itulah jalan keimanan. Di sini kita dapat lihat jugakan, betapa pentingnya ilmu. Belajarlah (pesanan untuk sidang pembaca dan penulis, terutamanya).
3. Istighfar dan takwa. Penulis melihat banyak abang-abang senior lakukan ini dan penulis kagum sangat, sangat. Kalau penulis merujuk mereka dan mereka lupa, cepat-cepat mereka beristighfar. Supaya akal tunduk, syaitan menjauh, manusia tersingkir dari pemilihan (kerana takwa ada dalam istighfar), fitrah mengalah dan iman bersinar. Sentiasa ingat bahawa Allah selalu dapat melihat hati kita dan nawaitu kita. Maka, berpandukan itu, keputusan selalu berlandaskan ketakwaan kepada Allah, inshaAllah.
Sebagai kesimpulan, kita tidak perlu lari dari konflik lima perkara ini (ada banyak lagi perkara, sebenarnya), sebab kita tidak boleh lari dari masalah untuk selamanya, melainkan akan menyebabkan ianya bengkak dan membebankan. Hadapi masalah dengan iman dan akal, dan teruslah mengingati Allah SWT dan kematian yang sangat dekat dengan kita. Semoga dengan itu, kita mampu meneguhkan diri dan pendirian pada jalan fisabilillahir Rahiim. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment