Wednesday, September 21, 2011

Bersama Kesulitan Ada Kemudahan

Assalamualaikum buat semua pembaca blog Firqah Syakirin. kini sudah berlalu bulan Ramadhan yang mulia, semoga segala amalan sunat yang kita praktikkan di bulan Ramadhan akan terus dibawa ke bulan Syawal dan seterusnya.

pernah terfikir tak bagaimana Quran itu diturunkan sebagai pembawa khabar baik dan juga pembawa khabar buruk? Maha Suci Allah yang telah menganugerahkan kita dengan sebuah kitab yang sempurna sebagai panduan hidup kita.

jika dihayati dengan mendalam, ayat-ayat di dalam Al-Quran bukan sahaja bertindak sebagai rujukan dalam hukum-hakam agama, malah Quran juga adalah seperti "rakan baik" kita apabila kita memerlukan nasihat. di dalam Al-Quran, Allah telah berfirman;

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

maksudnya: "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6)

nampak tak ayat ini diulang sebanyak dua kali sebagai penegasan terhadap kebenaran ini? kita sebagai manusia tidak lari dari diuji dari Allah. kita diuji dengan pelbagai cara. mungkin kita kehilangan orang yang disayangi, kita tidak mendapat apa yang diinginkan, kita terlibat dalam kemalangan jalanraya, kita diragut, kita gagal dalam temuduga, kita terlibat dengan bencana alam. pelbagai ujian yang Allah berikan untuk menguji kesabaran kita. namun, reaksi kita terhadap ujian-ujian ini berbeza.

mungkin normal bagi kita mengatakan, setelah kesulitan pasti ada kemudahan. seperti setelah hujan, terbit sinar mentari. setelah malam, datangnya siang. namun, jika dilihat pada ayat surah al-Insyirah ini, Allah ingin memberitahu bahawa "Bersama kesulitan ada kemudahan". ya, perkataan "bersama" itu harus di-highlight. kerana "bersama" membawa maksud yang berbeza dengan perkataan "selepas".

maksudnya, apabila Allah turunkan kesulitan kepada kita, Allah juga menurunkan kemudahan. 2 in 1. cuma bergantung kepada kita sama ada kita sedar atau tidak. sebagai contoh, apabila kita diuji dengan kes ragut, ini akan memberikan pengajaran kepada kita agar lebih berhati-hati di masa akan datang. apabila sesuatu tempat ditimpa bencana alam, para jurutera akan dapat mengkaji kelemahan struktur binaan dan mencipta struktur baru yang lebih teguh. dan macam-macam lagi. pelbagai hikmah-Nya yang datang bersama ujian yang diturunkan.

sebagai hamba yang bersyukur, segala ujian yang diturunkan adalah indah kerana ia membawa kita lebih dekat kepada Allah. seperti bait lirik lagu Rahmat Ujian nyanyian kumpulan Mestica,

"Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan, bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala ujian diberi"

apabila bersedih, ingatlah pada "rakan baik" kita iaitu Quran, bacalah dan hayati.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"


Sekian.
semoga mendapat kebaikan.

No comments:

Post a Comment