Allah SWT meletakkan kejayaan dan kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat hanya pada agama yang sempurna.Agama yang sempurna adalah agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW tetapi manusia pada zaman ini tidak mempunyai kemampuan untuk mengamalkan agama yang sempurna. Sebagaimana yang kita tahu,para sahabat yang hidup dizaman Rasulullah SAW merupakan hamba Allah yang berjaya didunia dan diakhirat. Mereka telah berjaya dalam mengamalkan agama secara sempurna kerana mereka memiliki sifat-sifat yang terkandung dalam sifat enam sahabat yang meliputi:
1.Yakin dengan kalimah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah”
2.Solat yang khusyuk,khuduk & tawaduk
3.Ilmu zikir
4.Ikromul muslimin
5.Ikhlas niat
6.Dakwah dan tabligh
Maka , jika kita mengamalkan enam sifat para sahabat tersebut,Insyaallah Allah akan mempermudahkan kehidupan dunia dan akhirat kita. Di bawah,saya akan huraikan dengan terperinci setiap sifat sahabat yang seharusnya kita contohi.
1.Yakin dengan kalimah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah”
Kalimah ini merupakan kalimah iman.Maksud “laa ilaaha illallah” ialah kita hendak memasukkan kebesaran Allah dalam hati kita dan kita keluarkan kebesaran makhluk dalam hati kita. Dalam erti kata lain, kita hendaklah yakin bahawa hanya Allah yang berkuasa dan bukannya makhluk seperti manusia, haiwan dan sebagainya. Sebagai contoh, jika kita sakit tentunya kita akan makan ubat tetapi bukan ubat yang berkuasa menyembuhkan kita tetapi Allah SWT. Ubat itu hanyalah asbab ( perantara) dari Allah untuk menyembuhkan. Janganlah pula tidak makan ubat kerana tanpa ikhtiar dan keizinan dari Allah maka sesuatu itu tidak akan berhasil. Kita juga hendaklah yakin bahawa sesuatu yang berlaku itu, jika tanpa izin Allah SWT, maka ianya tidak akan terjadi.Sebagai contoh, jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu perkara, jika Allah tidak mengizinkan kita berjaya maka tiada kejayaan atas usaha tersebut. Jika Allah mengizinkan sesuatu perkara berlaku, tanpa sebab pun perkara tersebut boleh berlaku sebagaimana yang kita dapat lihat pada tragedi tsunami.
Nilai Iman
Iman sebesar zarah harganya di sisi Allah SWT ialah syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Harta sebanyak dunia tetapi mati tanpa iman tidak akan dapat walaupun baunya syurga.
Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda lebih kurang:
Allah SWT akan memerintahkan pada Hari Pengadilan "Keluarkan dari neraka jahannam, semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah dan yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah di dalam hatinya. Keluarkan semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah atau mengingati Aku dengan berbagai cara atau takut kepada Aku pada bila-bila masa".
Iman itu nilainya adalah syurga. Iman yang paling kecil, iaitu sebesar zarah dihargai oleh Allah SWT dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Allah SWT akan berkata kepada mereka yang paling akhir masuk syurga, "Hendakkah kamu syurga yang luasnya seperti dunia yang kamu hidup dahulu? Maka mereka menyangka bahawa Allah SWT mempermain-mainkan mereka dan mereka berkata, "Oh,! Ya, Allah! Kamu adalah Rab (Tuhan) dan kami adalah hambaMu. Oleh itu janganlah kamu mempermain-mainkan kami". Allah SWT akan berkata bahawa Allah SWT bukan sahaja memberi mereka syurga yang luasnya seperti dunia yang mereka hidup dahulu malahan sepuluh 10 kali ganda luasnya.
Kelebihan:
1.Siapa yang akhir Kalamnya (meninggal dunia) dapat menyebut Kalimah Lailahailallah nescaya Allah akan memberi syurga 10 kali ganda besar dunia.
2. Barang siapa yang mati sedangkan dia yakin tidak ada yang berhak disembah selain Allah Swt., maka dijamin masuk surga.
3. Barang siapa yang bersaksi bahwa tidak ada yang berhak disembah selain Allah dan hatinya membenarkan lisannya, maka dipersilakan masuk surga dari pintu mana yang dia suka.
Cara hendak mendapatkannya
1. Dakwah maksud, kelebihan dan cari cerita hadis kisah para sahabat s.a.w. ketika Khalid Alwalid menjadi tawanan Saidina Umar sebelum beliau masuk Islam.
2.Nafikan dalam hati kebesaran dan keagungan makhluk tetapi isbatkan Keagungan Allah.
3. Doa supaya Allah mengurniakan kalimah tersebut kepada kita.
“muhammadurrasulullah” pula bererti kita hendaklah menanam keyakinan bahawa hanya sifat Nabi Muhammad SAW yang akan membawa kejayaan didunia dan diakhirat dan salah satu caranya adalah dengan mengikuti sunah2 nabi. Antara yang boleh kita ikuti adalah cara nabi makan, tidur dan lain- lain . Memang saya akui,pada zaman serba moden ini sunah Nabi Muhammad SAW agak kurang diikuti. Dengan pemikiran jumud masyarakat sekarang, sunah-sunah nabi dianggap pelik dan diketawakan. Sedarlah, jika bukan kita yang mengamalkan sunah-sunah nabi, siapa lagi yang akan mengamalkannya? Tepuk dada tanya iman.
Kelebihan
1.Barangsiapa yang menghidupkan sunnah nabi s.a.w di zaman kerosakkan fasyak dan mungkar ummat, Allah akan beri ganjaran 100 pahala mati syahid.
Cara hendak mendapatkannya
1.Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. cerita dua 2 orang sahabat berjalan di suatu lorong
2.Amal semudah-mudah sunnah hingga sesukar-sukar sunnah Rasulullah s.a.w.
3.Doa supaya dicampakkan hakikat kalimah ini.
2.Solat yang khusyuk ,khuduk & tawadu
Bermaksud bagaimana hendak membawa ketaatan mengingati Allah dalam solat hingga ke luar solat. Solat adalah perintah Allah SWT yang paling unggul yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. tanpa perantaraan malaikat Jibril a.s. Solat yang terbaik adalah solat Nabi Muhammad s.a.w dan juga solat sahabat-sahabat baginda yang telah belajar terus dari baginda sa.w.
Untuk mendapatkan solat yang baik, kita perlu membuat tiga 3 perkara:
(i)Apabila kita melihat orang yang tidak bersolat maka kita hendaklah merasa sedih dan kasihan serta berusaha untuk menyediakan dia kepada solat.
(ii) Apabila kita berdiri di dalam solat, kita hendaklah membawa di dalam solat kita lima 5 perkara:
(a) Yakin yang betul (sahih). (Berdiri di dalam solat dengan yakin bahawa semua makhluk termasuk dirinya tidak boleh berbuat apa-apa tanpa izin Allah SWT).
(b) Bersolat dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. (Membetulkan bacaan di dalam solat, dan bacaan al-Quran di dalam solat serta mengetahui perkara masa'il di dalam solat. Jika kita tidak tahu tentang perkara masa'il di dalam solat, hendaklah bertanya dengan alim- ulama'.
(c) Berdiri di dalam solat, seumpama menghadap Allah SWT atau seumpama Allah SWT melihat kita (Ehsan).
(d) Membayangkan faedah serta ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT di atas amalan di dalam solat.
(e) Melakukan solat semata-mata dengan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT.
(iii) Apabila selesai mengerjakan solat, maka kita hendaklah bersyukur kerana Allah SWT telah memberi taufik kepada kita untuk bersolat serta beristighfar di atas kecacatan di dalam solat. Solat yang baik akan dapat menjadi asbab untuk turunnya bantuan Allah SWT dan dapat mencegah kita daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.
Nilai Solat
Diriwayatkan di dalam hadith bahawa Allah SWT mengurniakan lima 5 perkara kepada mereka yang menjaga solatnya:
Kelebihan 5 jaminan orang yang menjaga solat
1. Berkat rezeki
2.Diangkat azab kubur.
3.Diberi buku catitan amal di Padang Mahsyar dengan tangan kanan.
4.Melalui titian sirat sepantas kilat; Masuk syurga tanpa hisab.
5. Kelepasan bagi sesiapa yang menjaga solat selama empat puluh 40 hari tanpa ketinggalan takbiratul ula maka dijauhkan dari sifat nifaq (munafik) dan neraka.
Cara hendak mendapatkannya
1.Dakwah kelebihan, maksud, dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. iaitu cerita mengenai Saidina Ali ketika kelaparan.
2. Solat di mana azan diazankan (masjid).
3.Doa supaya selalu dikurniakan hakikat.
3.Ilmu dan zikir
Ilmu
Ilmu bermaksud apakah adanya perasaan haus dan keinginan untuk mencari perkara yang diredhai (disukai) oleh Allah untuk kita melakukannya hari ini dan bagaimana mengikut cara Nabi Muhammad saw. Untuk mengetahui apakah perintah yang paling Allah SWT sukai pada bila-bila masa, kita perlu kepada ilmu fadhail ( hadis-hadis dan kelebihan-kelebihan amalan soleh dan amalan sunnah). Untuk mendapatkan ilmu fadhail, kita perlu duduk di dalam halkah ta'alim fadhail di masjid dan di rumah. Untuk mengetahui apakah cara untuk melakukan sesuatu amalan mengikut cara Nabi Muhammad SAW, kita memerlukan ilmu masa'il (ilmu feqah, ilmu syariat, ilmu muamalat, ilmu hudud dan lain-lain lagi). Untuk mendapatkan ilmu masa'il kita perlu pergi berjumpa dengan alim-ulama.
Nilai Ilmu
Dilaporkan di dalam hadith, lebih kurang maksudnya bahawa, "Allah akan memudahkan jalan ke syurga kepada seseorang yang berjalan di dalam jangka beberapa jarak untuk mencari ilmu pengetahuan. Para malaikat pula akan menghamparkan sayap-sayap mereka di bawah kakinya dan kesemua makhluk-makhluk yang berada di langit dan di bumi (sekalipun ikan-ikan di laut) akan mendoakan agar dia mendapat keampunan. Kelebihan seseorang yang berpengetahuan dari seorang yang hanya beribadat adalah diibaratkan seperti kelebihan bulan dari bintang-bintang.
Zikir
Maksudnya, sentiasa merasai bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan memerhati kita dan dalam apa sahaja yang kita lihat, kita teringat akan Allah SWT. Untuk mendapatkan hakikat zikir kita perlu membuat tiga perkara:
(i)Kita hendaklah melakukan zikir sebanyak tiga ratus (300) selepas Solat Subuh dan selepas Solat Asar pada setiap hari.
(a)Seratus (100) kali istighfar dengan membayangkan dosa-dosa yang telah lalu.
(b) Seratus (100) Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdullillah (Segala puji bagi Allah), Laailahaillallah (tiada yang aku cinta melainkan Allah) dan Allahu Akbar (Allah Maha Besar),
(c) Seratus (100) selawat kepada Rasulullah s.a.w dengan membayangkan bahawa tidak ada manusia yang telah berbuat baik kepada kita lebih dari Nabi Muhammad s.a.w.
(ii) Membaca al-Quran pada setiap hari, sebaik-baiknya satu juz dengan faham maknanya. Jika tidak boleh membaca al-Quran satu juz pada satu hari, maka kita hendaklah membacanya seberapa banyak yang mampu pada setiap hari. Jika pada hari itu kita tidak dapat membaca al-Quran, maka kita hendaklah mengadu kepada Allah SWT dengan berkata "Oh! Ya Allah,! apakah dosaku sehinggakan daku tidak diberi taufik untuk membaca al-Quran?
(iii) Kita hendaklah mengamalkan doa-doa masnun di dalam amalan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.
Nilai Zikir
Abu Mussa r.h. memberitahukan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya lebih kurang: "Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang mati."
Riwayat Bukhari, Muslim dan al-Baihaqi.
Kelebihan Ilmu
1.Allah mudahkan jalan ke syurga
2.malaikat menghamparkan sayap di bawah tapak kaki orang yang menuntut ilmu.
4.Barangsiapa mempelajari satu ayat Al Quran maka nilainya adalah lebih baik daripada solat sunat 100 rakaat. Barangsiapa mempelajari satu bab dari ilmu maka lebih baik nilainya daripada solat sunat 1000 rakaat.
5.Orang yang keluar menuntut ilmu,Allah akan tunjuk kan satu dari jalan jalan ke syurga.
Cara hendak mendapatkannya
Dakwah maksud, doa hakikat kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. yang datang dari Damsyiq yang sanggup meredah padang pasir untuk ke Madinah semata-mata sepotong hadis.
Kelebihan Zikir
1.Perumpamaan orang yang berzikir(pada Allah)dengan orang yang tidak berzikir,seperti orang yang hidup dengan orang yang mati
2.Bacaan Al Quran,solat dan sedekah adalah sebahagian dari rezeki,maksudnya ialah Allah akan murahkan rezeki .
3.Orang yang banyak zikir pada Allah ,terbebas dari sifat munafik
4.Ganjaran majlis zikir adalah syurga
5. Masuk ke syurga dalam keadaan tersenyum-senyum.
4. Ikromul Muslimin
Bermaksud memuliakan setiap orang Islam kerana imannya dengan menunaikan hak mereka tanpa menuntut hak daripada mereka].Apabila Allah SWT memuliakan seorang Islam yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia, maka wajarlah (sepatutnyalah) kita memuliakannya. Setiap orang Islam adalah berharga. Orang Islam berharga kerana mereka mempunyai iman. Kita patut memuliakan setiap orang yang beriman walaupun iman mereka hanyalah sebesar zarah. Apabila kita dapat memuliakan setiap mereka yang mempunyai iman walaupun imannya hanya sebesar zarah, maka kita akan dapat sifat tawadhuk. Dengan sifat tawadhuk kita akan dapat akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang mulia kita akan dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Apabila kita dapat bersatu hati dan berkasih sayang, maka mudahlah untuk kita menunaikan hak-hak orang Islam.
Nilai Ikram Muslimin
Diberitahu di dalam sebuah hadith lebih kurang maksudnya
"Sesiapa yang dapat menyempurnakan keperluan saudara muslimnya maka itu adalah lebih baik baginya dari mengerjakan iktikaf sepuluh 10 tahun. Sesiapa yang melakukan iktikaf untuk sehari kerana mencari keredhaan Allah SWT, maka Allah SWT akan menjauhkan dia dari api Neraka sejauh tiga 3 parit dan satu parit jaraknya adalah di antara langit dan bumi
Riwayat At-Tabrani.
Maksud hadith, dari Abdullah bin Amr r.a. sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Siapakah yang lebih baik keislamannya?". Rasulullah s.a.w. menjawab "Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada setiap orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal."
Riwayat Muslim dan Bukhari.
Maksud hadith, dari Abu Hurairah r.a. Dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling cinta-mencintai. Mahukah saya tunjukkan kepada kamu sesuatu amalan yang jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling cinta-mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu."
Riwayat Muslim.
Kelebihan
Diberi tujuh puluh tiga 73 ganjaran = Satu 1 diberi di dunia dan tujuh puluh dua 72 lagi disimpan di Akhirat.
Cara hendak mendapatkannya
1. Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis Kisah 3 orang sahabat ketika hampir syahid
2. Kasihi kanak-kanak, hormati 'Alim-Ulamak dan orang tua
3. Doa supaya dikurniakan hakikat tersebut.
5.Ikhlas niat
Bermaksud melakukan setiap amalan hanya untuk mendapatkan keredhaan (yang disukai) Allah SWT dengan menunaikan perintah atau meninggalkan laranganNya. Walaupun Allah SWT menjanjikan bagi setiap amalan pahala, syurga, keampunan atau bantuanNya, namun kita tidak beramal untuk mendapatkan perkara itu. Kita hendaklah yakin dengan janji-janji Allah SWT serta membayangkannya ketika beramal tetapi niat kita hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kita hendaklah membayangkan janji-janji Allah SWT ketika beramal agar amal itu dapat dilaksanakan dengan penuh keghairahan dan kesungguhan. Amalan yang dibuat dengan penuh keghairahan adalah lebih baik mutunya daripada amal yang dibuat tanpa keghairahan.
Ikhlas adalah nama lain bagi iman. Semakin kuatnya iman, maka semakin kuatlah ikhlas. Untuk mendapatkan ikhlas, kita perlu mendapatkan iman yang kuat. Untuk memperkuatkan iman, kita perlu membuat kerja Nabi s.a.w. dengan cara Nabi s.a.w.
Untuk mempastikan setiap amalan yang kita lakukan itu ikhlas, maka kita hendaklah memeriksa niat kita di permulaan, di pertengahan dan di akhir setiap amalan.
Nilai ikhlas
maksud Hadith, dari Abu Umamah r.h katanya: "Seseorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Bagaimanakah pendapatmu mengenai seorang yang keluar di jalan Allah SWT semata-mata kerana mencari upah dan supaya terkenal, Apakah yang diperolehi oleh orang itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia tidak mendapat apa-apa." Rasulullah s.a.w. mengulanginya hingga tiga kali dan kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah SWT AzzawaJalla tidak akan menerima amalan melainkan yang dilakukan dengan ikhlas, semata-mata untuk mencari (kesukaan) keredhaanNya
An-Nasai.
Kelebihan
1. Dikurniakan ganjaran sebesar Bukit Uhud.
Cara hendak mendapatkannya
1.Dakwah kelebihan, maksud dan cari cerita hadis s.a.w. kisah Saidina Ali r.a. ketika berlawan dengan orang Yahudi.
2. Periksa amalan dari awal, pertengahan sehingga ke akhir waktu.
3. Doa supaya dikurniakan hakikatnya.
6.Dakwah dan tabligh
Di dalam surah At-Taubah ayat 111 Allah SWT berfirman,
maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu syurga."
At-Taubah ayat 111.
Allah SWT telah membeli seluruh diri dan harta orang yang beriman sebagai ganti bagi mereka syurga. Allah SWT ingin agar diri dan harta kita digunakan untuk membuat kerja Nabi s.a.w., ibadat, akhlak, membantu mereka yang miskin juga dalam kesusahan dan untuk keperluan diri sendiri. Diri dan harta hendaklah digunakan paling utama untuk memenuhi keperluan agama. Kita hendaklah melihat di seluruh dunia, di mana orang Islam berada di pinggir kekafiran dan kemurtadan. Di mana dunia umat Islam dilanda mala petaka, menunjukkan di situ banyak perintah-perintah Allah SWT yang telah ditinggalkan. Kita hendaklah bersedia melapangkan masa, dan berkorban diri dan harta untuk menziarahi umat Islam di sana dan mengajak mereka kepada usaha memperbetulkan iman dan amal. Apabila iman dan amal umat Islam di sana menjadi baik, maka kemurkaan Allah SWT akan terangkat dan Allah SWT akan menurunkan rahmat dan bantuannya. Untuk maksud memenuhkan keperluan agama di negara kita dan di seluruh dunia, maka kita hendaklah melapangkan masa pada setiap tahun selama empat 4 bulan atau empat puluh 40 hari. Baki waktu di dalam setahun, kita hendaklah melapangkan masa untuk memenuhi keperluan agama di tempat kita dengan melakukan lima 5 amalan
Cara
1.Sampaikan maksud, kelebihan dan bercerita mengenai hadis yang berkaitan,
2.Buat 5 amal masjid
(i) setiap bulan kita melapangkan masa tiga hari untuk mengajak orang Islam kepada usaha membetulkan iman dan amal
(ii) membuat dua 2 usaha ziarah seminggu untuk menjemput orang Islam di kawasan kita kepada majlis yang menerangkan faedah dan keuntungan mengamalkan agama yang dibuat di masjid kita dan di masjid jiran
(iii) membuat dua halkah Taalim Fadhail setiap hari yang dibuat di masjid selepas satu waktu solat dan satu lagi dibuat di rumah
(iv) mengadakan mesyuarat, sekali setiap hari di masjid yang bermaksud memikirkan keperluan agama di kawasan kita, di bandar dan di seluruh dunia
(v) melapangkan masa pada setiap hari selama 8 jam atau paling kurang 2 1/2 jam memakmurkan masjid dan memperbetulkan iman serta mengutamakan usaha meningkatkan iman dengan menziarahi jiran ketua keluarga orang Islam dari rumah ke rumah dan berpesan kepada mereka akan hakikat kalimah iman Laailahaillallah. Baki waktu kita, bolehlah digunakan untuk mengadakan halkah taalim, bersolat, membaca Al-Quran, berzikir atau bermesyuarat.
Kelebihan
sepagi-sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan seisi-isinya.
Nilai Berkorban Di Jalan Allah SWT
(1) maksud Hadith, dari Abu Hurairah r.a., Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah SWT menjamin bagi orang yang berjuang di jalanNya yang mana dia tidak keluar dari rumahnya melainkan berjihad di jalanNya serta membenarkan kalimahNya, bahawa Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga ataupun ia akan dikembalikan oleh Allah ke tempat tinggalnya dengan apa yang diperolehinya berupa ganjaran ataupun harta rampasan."
Bukhari, Muslim
(2) maksud hadith, dari Ibayah bin rifa'al r.h bahawa Abu Abs telah menghampiri aku ketika aku sedang berjalan untuk solat Jumaat lalu berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Barangsiapa yang kedua kakinya terkena debu ketika berada di jalan Allah, maka Allah mengharamkan kedua kakinya bersentuh api neraka."
Al-Bukhari, Tirmidzi, An-Nasai.
Cara hendak mendapatkannya
1. Dakwah maksud, kelebihan, dan cari cerita hadis s.a.w kisah sahabat yang bernama Hawzalah r.a.tidak bersama dengan isterinya di malam pertama, syahid di Medan Uhud.
2.Buat 5 amal masjid
3.Doa supaya dikurniakan hakikat Dakwah dan Tabligh.
Rujukan
En.Azhar Bin Md Ibrahim
http://takaza.blogspot.com/2009/04/mudzakarah-6-enam-sifat-sahabat-nabi.html
http://typerisalah.blogspot.com/2009/04/risalah-tarbiah-6-prinsip-para-sahabat.html
http://sahabatnabi.0catch.com/enam_sifat.htm
daisy
izin share boleh...Insyallah sama-sama dapat manfaat...
ReplyDeleteSubhanallah, alhamdulillah. :)
ReplyDeleteIklan: MURAH. MURAH. Promosi istimewa Beg Hiking, Beg Traveling, Beg Laptop & etc. Pelbagai jenama yang hebat seperti DEUTER, KARRIMOR & etc. Diskaun 10-20%.
tima kasih....sy mmg sdg mncari tazkirah nie...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Tuan2 Muda, Untuk mendapatkan manfaatnya adalah kita kena usaha agama, usaha agama atau dakwah (tabligh) adalah wajib bagi setiap2 umat islam, mengajak perkara kebaikan dan menjauhkan diri dari kemunggkaran, Kita hendaklah mengikuti sunnah2 rasulullah s.a.w , keluarlah dijalan allah s.w.t 3hari dalam sebulan 40 hari atau 4 bulan dalam setahun, syukran yazilan
ReplyDeleteassalmualaikum....tuan-tuan yang dimuliakan Allah....saya mohon copy tazkirah ini..
ReplyDeletejazakallh semoga Allah swt pilih kita untuk buat usaha agama amin
ReplyDeleteAlhamdulillah..syukran.. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum woit lame tak update!!!!!
ReplyDeleteas salam ... ana copy paste ye .. ^^ really good info .. alhamdulillah may Allah bless you ...
ReplyDeleteaskum..insyallah,yg pnting sntiasa mmbaiki,mnpabarui niat..
ReplyDeleteAlhamdulillah...ya Allah ampunilah segala dosa2 kami berilah kami kekuatan demi agama ini ya Allah...Aamiin
ReplyDeleteAlhamdulillah...ya Allah ampunilah segala dosa2 kami berilah kami kekuatan demi agama ini ya Allah...Aamiin
ReplyDeleteizin share
ReplyDeleteAlhamdulillah... Allah beri petunjuk maka dapatlah membaca artikel ini.. Jazakallahukhairan jazzilan 🤲☺️
ReplyDelete