Ketika kamu beribadah dalam kalangan khalayak ramai, pernah tidak terlintas di minda kamu tentang apa yang orang fikirkan terhadap segala gerak laku ibadahmu? Kamu rasa canggung, dan takut dilihat rendah, kamu perbetulkan cara solat. Gara-gara tidak mahu dilihat rencat dalam ibadat, kamu buat-buat khusyu`.
Situasi lain: kamu ternampak sebungkus plastik sampah yang penuh terampai di tengah jalan. Kamu memang berniat untuk memungutnya, namun tiba-tiba kamu ternampak orang lain. Kamu batalkan niat kerana takut dilabel "bajet baik". Ini namanya tidak murni; kerana ibadah kamu dilandaskan pada persepsi manusia. Sedang nawaitu katakan, "hanya untuk Allah".
Kadang-kadang, bisikan ini terlalu kuat untuk kita kalahkan. Kita istighfar, kita ikhtiarkan segalanya untuk mengusir hasutan nafsu itu jauh-jauh; namun tetap saja ia mencagahi diri. Alhasilnya, ibadah terjadi atas dasar sam'ah (untuk dipuji), `ujub (takjub dengan diri-sendiri) dan sebagainya. Yang ingin saya kongsi adalah beberapa tips untuk menangani permasalahan ini. Mungkin tidak berkesan untuk sesetengah orang, tetapi kita usahakan saja, mana tahu?
1. Dekatkan diri pada nafsu
Dalam falsafah, perihal nafsu paling bijak diterangkan oleh seorang bukan Muslim ialah penerangan Plato dalam bukunya 'Phaedrus'. Cuba Google 'Chariot Allegory'. Mudahnya, dia mengatakan manusia adalah seumpama sebuah pedati yang dipandu seorang kusir (pemandu) namun dikuasai dua kuda.
Katanya, kedua kuda tadi adalah nafsu yang tidak rasional dan dorongan alami yang bermoral. Kusir pula adalah aqal; atau bahagian positif jiwa yang memandu pada kebenaran. Pada pendapat saya, analogi ini bagus untuk diperhatikan.
Kalau ikut perbenturan beliau ini, jelas bahawa meskipun nafsu jahat dan membawa ke jalan kesesatan, mustahil kita boleh bergerak pada jalan kebenaran dengan melepaskan keduanya. Akal dan iman tidak patut tidak mengendahkan nafsu, tetapi wajib mengawalnya ke jalan yang benar.
Bila kamu ada penguasaan yang mantap terhadap nafsu, percayalah yang ianya akan mengurangkan tabiatnya membisikkan perkara-perkara yang mendorong kepada kecacatan ibadah, terutamanya bahagian niat.
2.Selalu bisikkan, "Aku lebih memerlukan pahala ibadah ini berbanding mereka"
Jika kamu sedang melakukan kebaikan, yakinlah bahawakamu sedang melakukan kebajikan untuk diri-sendiri, bukan orang lain. Jadi, mengapa dikisahkan pandangan orang lain? Bisikkan pada nafsu, pada jiwa dan iman, "Kamu semua perlukan pahala ibadah ini." Istighfar, dan semuanya akan berjalan murni.
Wallahu`alam fissawaab.

Jangan diharapkan orang lain untuk melakukan ibadah untukmu. Mereka sendiripun punya keperluan peribadi terhadap itu. Dan jangan berharap diadakan majlis tahlil 7, 40 dan 100 hari yang berlawanan sunnah itu untuk membantu kamu di kubur:- "You're on your own", kata Dr Seuss.
3. Renung semula nawaitu
Dalam apapun ibadah khusus (dan sunat), rukum pertama adalah nawaitu. Sentiasa mengingatkan diri bahawa semuanya kerana Allah. Tidak untuk yang lain, kerana yang lain tidak berhak. Dan jangan lupa, Allah Maha Melihat jiwa-jiwa dan qalbu-qalbu kita.
Malulah kepada Al-Khaliq saat terpesong sedikit tujuan dari jalanNya. Kalau kamu malu tersalah adab di rumah orang, maka mengapa tidak kamu berasa malu tersalah cara/niat di dunia milikNya ini?
Wallahu`alam fissawaab.