Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
Malaikat Yang Mencabut. Ini adalah surah yang ke 79 dari Al-Quran iaitu Surah An-Nazi'at dimana surah ini terdiri daripada 46 ayat. Surah ini diturunkan di Mekah dimana surah yang turunnya di Mekah banyak tertumpu mengenai akidah manakala surah yang turunnya di Madinah adalah berkenaan dengan hukum.
Penegasan dalam surah ini adalah berkenaan dengan hari kiamat dan bagaimana sikap orang musyrik terhadap hari kiamat. Penegasan kedua adalah berkenaan dengan kisah Nabi Musa dan Firaun.
Pada permulaan surah ini, Allah S.W.T menceritakan perihal ciri-ciri malaikat pencabut nyawa iaitu malaikat Izrail.

79-1: Demi yang mencabut dengan pantas.
79-2: Dan yang mencabut dengan perlahan-lahan.
79-3: Dan yang beredar dengan cepat.
79-4: Dan yang mendahului dengan laju.
79-5: Dan yang mengatur urusan.
Malaikat Izrail adalah salah satu di antara empat pembesar malaikat yang empat selain malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil. Dikenali malaikat maut kerana ia ditugaskan untuk mencabut nyawa makhluk-makhluk Allah SWT .Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah SWT sehingga arah barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya sebagaimana keadaan seseorang yang sedang menghadapi sebuah meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai macam makanan yang siap untuk dimakan. Ia juga boleh membolak-balikkan dunia sebagaimana kemampuan seseorang boleh membolak-balikkan wang syilling.
Seterusnya, Allah menurunkan surah ini adalah untuk memberi peringatan kepada hambanya bahawa hari akhirat itu adalah pasti. Dimana hari itu adalah hari yang sangat menakutkan bagi makhluk Allah S.W.T yang melakukan keingkaran
Malaikat Izrail adalah salah satu di antara empat pembesar malaikat yang empat selain malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil. Dikenali malaikat maut kerana ia ditugaskan untuk mencabut nyawa makhluk-makhluk Allah SWT .Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah SWT sehingga arah barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya sebagaimana keadaan seseorang yang sedang menghadapi sebuah meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai macam makanan yang siap untuk dimakan. Ia juga boleh membolak-balikkan dunia sebagaimana kemampuan seseorang boleh membolak-balikkan wang syilling.
79-6 : Pada hari bergoncang (sesuatu) dengan goncangan.
79-7: Diikuti oleh yang mengiringi.
79-8: Hati pada hari itu berdebar-debar (sangat takut).
79-9: Pandangannya akan tertunduk (ke bawah).
79-10: Mereka berkata: “Apakah kami akan dikembalikan dalam keadaan yang asal?”
79-11: “Apakah apabila kami sudah menjadi tulang-tulang yang hancur?”
79-12: Mereka berkata: “Jika demikian, itu adalah pengembalian yang merugikan.”
79-13: Maka sesungguhnya ia (pengembalian itu) hanyalah dengan satu kali pekikan sahaja.
79-14: Maka tiba-tiba mereka (berada) pada bumi yang tandus.
Allah menjadikan Firaun sebagai contoh makhluk yang ingkar kepada Allah S.W.T dengan mengkhabarkan kepada Nabi-Nya Muhammad SAW berkenaan Nabi Musa AS yang diutuskan kepada Firaun dengan diperkuatkan beberapa mukjizat.
79-15: Adakah sudah datang kepada engkau berita (cerita) Musa?
Kemudian Allah SWT menjelaskan dialog antara-Nya dengan Nabi Musa a.s menerusi ayat ini dimana Allah telah memerintahkan Nabi Musa A.S untuk mengajak Firaun kepada kebenaran
.
.
79-17: Pergilah engkau kepada Fir’awn kerana dia telah melampaui batas.
79-18: Maka katakan: “Mahukah kamu membersihkan diri?”
79-19: “Dan aku pimpin kamu kepada Rab (Tuhan) kamu supaya kamu takut (kepada Allah).
Apabila Firaun menolak dakwah Nabi Musa AS, Allah menyuruh Nabi Musa memperlihatkan mukjizat yang dimilikinya iaitu mukjizat tongkat dan mukjizat tangan yang putih melepak bagi meyakinkan dakwah yang dibawanya dari Allah SWT.
79-20: Lalu dia (Musa) perlihatkan kepadanya (Fir’awn) ayat (mukjizat) yang besar.
Malangnya keangkuhan Firaun menyebabkan mereka ingkar bahkan menentangnya seperti firman Allah SWT pada ayat-ayat berikutnya.
79-21: Tetapi dia (Fir’awn) mendustakan dan menderhaka.
79-22: Kemudian dia (Fir’awn) berpaling, lalu berusaha.
79-23: Maka dikumpulkannya dan dia (Fir’awn) berseru.
79-24: Maka dia (Fir’awn) berkata: “Aku adalah rab (tuhan) kamu yang paling tinggi.”
Firaun dalam rancangannya untuk menentang kebenaran dengan kebatilan yang dianutinya telah mengumpul ahli sihir serta orang ramai untuk menghadapi mukjizat Nabi Musa a.s, dan lebih malang lagi dia mendakwa sebagai Tuhan yang tertinggi. Firaun terus bongkak dan sombong sehingga dia mengejar Nabi Musa a.s dan kaumnya yang pergi menuju ke Laut Merah sewaktu keluar dari Mesir. Seterusnya, Allah SWT telah menenggelamkannya dan pengikutnya di dalam Laut Merah serta menimpakan azab sengsara kepadanya untuk dijadikan ibrah dan pengajaran bagi orang seumpamanya yang melakukan takbur dan penyelewengan di dunia. Ini dapat dilihat pada ayat dibawah,

79-25: Maka dia (Fir’awn) diseksa oleh Allah di akhirat dan di dunia.
79-26: Sesungguhnya pada yang demikian benar-benar (menjadi) iktibar bagi orang yang takut.
Seterusnya, Allah S.W.T memperlihatkan kekuasaanya kepada kita melalui ayat dibawah. Jadi, pada siapa yang harus kita sembah? Tidak cukupkah bukti tentang kekuasaan Allah S.W.T disekeliling kita? Fikir-fikirkan.

79-27: Adakah kamu yang lebih sukar diciptakan atau (adakah) langit? Dia (Allah) yang membinanya.
79-28: Dia (Allah) tinggikan bangunannya (langit) lalu Dia (Allah) sempurnakannya.
79-29: Dan Dia (Allah) menggelapkan malamnya dan menerangkan siangnya.
79-30: Dan bumi sesudah demikian itu dihamparkan-Nya (dihamparkan Allah).
79-31: Dia (Allah) keluarkan daripadanya air dan tumbuh-tumbuhan.
79-32: Dan gunung-gunung Dia (Allah) pacakkan.
79-33: Bekalan bagi kamu dan ternakan kamu.
Seterusnya, didalam surah ini Allah memberikan lagi gambaran kepada kita mengenai hari akhirat melalui ayat dibawah
79-34: Maka apabila telah datang malapetaka yang besar itu.
79-35: Pada hari yang manusia akan teringat apa yang telah diusahakannya.
79-36: Dan diperlihatkan neraka kepada sesiapa yang melihat.
Seterusnya, bagi mereka yang mengingkari suruhan Allah S.W.T, nerakalah tempat mereka akan menerima segala balasan atas kekejian dan kejahatan mereka di atas dunia.
Seterusnya, bagi mereka yang mengingkari suruhan Allah S.W.T, nerakalah tempat mereka akan menerima segala balasan atas kekejian dan kejahatan mereka di atas dunia.
79-37: Maka adapun orang yang melanggar batas.
79-38: Dan lebih mementingkan kehidupan dunia.
79-39: Maka Neraka Jahim (menjadi) tempat tinggal (mereka).
Bagi mereka yang sentiasa takutkan Allah dengan menghalang diri dari melanggar suruhan Allah S.W.T, keindahan, ketenangan, kegembiraan syurga akan diberikan selama-lamanya. Semoga kita tergolong dalam golongan ini. Insyaallah.

79-40: Dan orang yang takutkan kebesaran Rab (Tuhan)nya dan menahan diri daripada hawa nafsu.
79-41: Maka jannah (taman/syurga) tempat kembali (mereka).
Seterusnya, Allah berfirman lagi tatkala kaum Nabi Muhammad S.A.W bertanyakan tentang hari kiamat.
79-42: Mereka bertanya kepada engkau tentang saat (kiamat), bilakah akan berlaku?
79-43: Mengapa engkau pula yang akan menyebutkan (waktunya)?
79-44: Kepada Rab (Tuhan) engkau penghabisannya.
79-45: Sesungguhnya engkau hanyalah pemberi peringatan kepada orang yang takut kepadanya (hari kiamat).
79-46: Pada hari mereka melihatnya (hari kiamat), mereka (merasa) seolah-olah tidak tinggal (di dunia) kecuali satu malam sahaja atau satu siang.
Kesimpulannya,
* Allah S.W.T menyarankan kita memberikan teguran secara berhikmah dan lemah lembut kepada pembuat kemungkaran kerana teguran seperti ini ternyata lebih berkesan. Kekerasan dalam berdakwah tidak akan dapat diresapi nikmatnya kepada hati yang jahil, bahkan menjauhkan dirinya lagi dari kebenaran yang nyata.
* Orang yang fasik ( selalu membuat kemungkaran dan melakukan larangan Allah ) adalah orang yang mudah diporak-porandakan hidupnya oleh orang lain. Sepertimana yang kita lihat disekeliling kita, orang-orang yang fasik kehidupannya mudah dipengaruhi oleh budaya-budaya yang amat tidak enak untuk diceritakan bahkan dilihat sendiri oleh mata kita. Punk, skinhead bahkan mereka juga mudah didekati dengan ajaran-ajaran yang jauh sekali berlandaskan apa yang Islam anjurkan. Nauzubillah, semoga Allah S.W.T jauhkan kita daripada golongan ini.
* Seseorang pemimpin atau manusia itu tidak akan berasa megah dengan keingkarannya sekiranya tiada orang yang menyokong sekaligus membantunya melakukan sesuatu kemungkaran. Begitulah yang dapat dilihat pada Firaun, Dia mungkin tidak akan mengaku sebagai tuhan sekiranya terdapat tentangan daripada rakyatnya. Bahkan, sokongan ketaatan daripada mereka menjadikan Firaun berasa sangat bongkak untuk menerima kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Musa A.S
* Hari kiamat adalah pasti . Hamba Allah tidak seharusnya menyoalkan bilakah akan datangnya hari kiamat, sebaliknya perlulah membuat persediaan untuk menghadapinya.