Saturday, March 20, 2010

Syukur

Berpesan malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud "Buatlah apa sahaja semasa hayatmu, tapi ingatlah adanya pembalasan. Sayang dan kasihlah sesiapa mahu mu, tapi ingatlah akan adanya perpisahan. Dan hiduplah sesuka hatimu, tapi ingatlah akan bertandang kematian."

Buatlah Apa Sahaja Semasa Hayatmu

Melata lah kita dibumi Allah ini. Kerjakan apa yang diamuk oleh nafsu. Lakukan apa sahaja selagi ada kudratmu. Jalankan apa yang kamu mahu. Lunaskan setiap serakahmu. Tapi ingat akan adanya pembalasan atas segala perilaku kamu.

Sama ada perkara itu perkara yang baik, mahupun perkara yang buruk atau keji. Allah telah berjanji dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang yang musyrik (akan masuk) ke neraka jahannam; mereka kekal di dalamnya. mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepadanya. yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya." Surah Al-Bayyinah, ayat 6-8)

Sayang dan kasihlah Sesiapa Mahumu

Ya, kita boleh berusaha. Kita boleh berdoa. Tapi yakinlah akan ada juga perpisahan. Biarpun semurni mana perhubungan. Pasti akan ada perpisahan. Tidak kira betapa romeo atau juliet nya kamu, kamu akan alami perpisahan.

Hiduplah Sesuka Hatimu

Hiudplah kamu seperti majusi, kristian, mahupun yahudi laknatullah. Ikut suka kamu lah nak merokok, potong rambung tiga minggu sekali, mahupun pakai singlet pagoda pergi bank cucuk duit. Tapi akan ada kematian. Kematian itu sangat hampir. Hidup manusia ini diumpamakan ada sepanjang jarak antara waktu maghrib dan isyak. Sekejap. "Hidup di dunia seperti menunggu teduh didalam ribut sebelum meneruskan perjalan ke negeri abadi, akhirat".