Friday, March 30, 2012

Musuh

| Dalam masyarakat Hui, serban namanya dasdar. Asal dari bahasa Parsi |
Assalamualaikum dan salaam satu 1Ummah

Sedang asyik melayari laman web Facebook, penulis tertarik dengan sebuah laman web yang berupa  Islamik. Di dalamnya, banyak kata-kata motivasi untuk da'ie dan para jundullah untuk terus berjuang pada jalan Allah. Memang syok baca satu-satu gambar beserta kapsyennya.Memang hebat pada pandangan penulis, manusia yang membuat kesemua ini. 

Lepas itu, penulis ternampak nama si pengepos gambar (pemilik 'Page' itu) dan klik pergi ke 'Profile' beliau. Apa yang penulis saksikan selepas itu sangatlah mengejutkan. Gambar profil beliau tidak menggambarkan keagungannya dalam berdakwah. Seluarnya menampakkan aurat!

Untuk kepastian, penulis lakukan pemeriksaan semula. Memang sah. Langkah seterusnya, penulis tegur sikit dan harap dia dapat terima bahawa untuk lelaki, 'aurat berada antara pusat dan lutut. Semoga Allah menunjukkan jalan untuk dia membuang gambar tu dan gantikan dengan yang bersopan sikit.

Mungkin salah masyarakat kita yang terlalu bersikap kritis terhadap wanita dan aurat mereka. Tanpa kita sedar, ada dalam golongan Muslimin yang mengherdik Muslimah berpakaian separa bogel. Siapa tahu?

Dari Baihaqi, kita mendapat tahu bahawa Rasulullah SAW bersabda yang pada akhir zaman, kita ini ramai namun dihurung seperti daging oleh musuh-musuh kita. Untuk pendefinisian siapa musuh kita (umat Muhammad), maka perlu dihabiskan perbahasan di bawah. Konklusi erti musuh akan menyusul.

| Hagrid pun pandai tutup aurat, lebih baik lagi |
Allah 'declare' dalam Surah Yaasiin, ayat ke-60, sesungguhnya seterang-terang musuh bagi anak Adam A.S adalah syaitan. Dia boleh saja membolak-balikkan hati kita. Kalau kita lemah, semuanya boleh ditakwil ikut keperluan kehendak kita, bukan kehendak kewajipan Islami.

Berbalik kepada Riwayat Baihaqi r.a, mungkin kita perlu luaskan skop. Musuh itu boleh jadi  DIRI KITA sendiri, kerana jika kita membiarkan nafsu serta kehendak diri yang tidak mungkin usai, syaitan jadi sekutu. Semuanya demi menghalalkan jalan yang ingin diambil.

Na'udzubillahi min zaalik. Semoga Allah memelihara kita dari perbuatan sedemikian.Amiin~

No comments:

Post a Comment